in , ,

Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE

Tidak berputus asa dalam membuktikan minat mendalamnya terhadap dunia muzik, bintang yang semakin meningkat naik Sophia Fredskild kembali dengan sebuah lagi mahakarya bertajuk ‘Forever Mine’.

Lagu ini juga merupakan single Inggeris terbarunya dan telah dilancarkan pada 29 Mac 2019 lalu. Ia merupakan sambungan kepada lagunya yang terdahulu iaitu ‘Waiting For Love’ dan versi Melayu berjudul ‘Menanti Cinta’. ‘Forever Mine’ adalah lagu kedua dalam trilogi lagu-lagunya menceritakan kisah cinta seorang remaja.

Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE

Single Bahasa Inggeris Terbaru, Bahagian ke 2 Daripada Trilogi Kisah Cinta Remaja

Kali ini, kisahnya membawa kepada Sophia yang akhirnya menemui jejaka pilihannya untuk selama-lamanya. Atas dasar itu lagu ini dinamakan ‘Forever Mine’.

Ia mencoretkan detik dia bertentang mata dengan jejaka tersebut buat pertama kali dan perasaannya yang berasa malu serta gementar acap kali bersua kerana dia sudah sering mengimpikan kehadiran lelaki itu.

Video muzik lagu ini menterjemahkan mesej lagu dan menunjukkan Sophia dalam beberapa era berbeza sebagai simbol bahawa dia ingin bersama jejaka tersebut selamanya, di setiap tahun, abad dan era.

Ia juga telah dirakam di berbagai lokasi termasuk sebuah salun rambut, sebuah taman dan beberapa babak di depan layer hijau untuk menggambarkan era-era yang berbeza.

Versi Bahasa Melayu lagu ini bertajuk ‘Cinta Selamanya’ dan akan dilancarkan sekitar Julai 2019. 

Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE
Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE
Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah Fasha Sandha! Kini Bergelar Duta Produk BRANDS InnerShine

Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019