in , ,

Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019

Jadi, apa tunggu lagi, kepada korang yang ingin have fun main air sambil layan konsert, bolehlah menyertai peraduan ini sekarang!

Aplikasi kiriman mesej dan e-wallet dua dalam satu yang pertama di negara ini, UChat akan mengadakan festival UChat Songkran Day Out pada 13 dan 14 April ini di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, Selangor. Sempena dengan acara yang meriah ini, Budiey dengan kerjasama Uchat ingin menghadiahkan 80 pasang tiket untuk anda semua menghadiri acara UChat Songkran Day-Out 2019 selama dua hari iaitu 13 dan 14 April 2019. Okay, so you guys tak payah lagi membazir masa dan wang untuk terbang ke Bangkok untuk simbah air ya. Kat Malaysia pun dah ada Songkran!

UChat Songkran Day-Out 2019

Festival yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam itu menampilkan persembahan selebriti antarabangsa dan tempatan iaitu Chung Ha, BNK48 dan Jannine Weigel selain Bunkface, Elizabeth Tan, Min Chen, Priscilla Abby dan As’ad Motawh. 

Orang ramai berpeluang menyaksikan keupayaan UChat dalam mengubah gaya hidup digital masyarakat sejajar dengan matlamat negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

UChat Songkran Day-Out 2019
Hari Pertama
UChat Songkran Day-Out 2019
Hari Kedua

“Festival ini turut dimeriahkan dengan penyediaan sebanyak 10 aktiviti air dengan puluhan pilihan trak makanan.

“UChat merupakan aplikasi syarikat teknologi kewangan (fintech), i-Serve yang menggunakan teknologi pintar dan inovasi,”

Katanya, i-Serve yang ditubuhkan sejak 2001 dikenali sebagai syarikat yang mahir dalam produk web dan aplikasi, penyelesaian pembayaran dalam talian, penyelesaian e-duit dan e-tiket.

“UChat adalah aplikasi yang menggabungkan fungsi pemesejan dan e-dompet. Pengguna boleh menikmati perbualan peribadi dan sembang kumpulan, menghantar foto, video, nota suara dan pelekat kepada pengguna lain serta kemudahan membuat panggilan suara dan video.

“Manakala e-dompet yang dikenali sebagai UChatPay pula mempunyai fungsi deposit duit, penghantaran dan penerimaan duit selain memindahkan duit ke akaun pengguna UChat yang lain atau ke akaun bank. Ia juga memberi kemudahan kepada pengguna dalam membuat pembayaran transaksi melalui UChatPay,”

UChat Songkran Day-Out 2019

Tiket untuk UCHAT SONGKRAN DAY-OUT boleh didapati pada harga RM189 (VIP Experience) dan RM139 (Premium Zone) dengan 1,000 pembelian pertama dua kategori itulayak menikmati potongan istimewa sebanyak 20 peratus.

UChat Songkran Day-Out mengandungi pelbagai aktiviti permainan tema air yang mesra keluarga antaranya Waterfun Family Zone, Water Gun Fun Zone, Giant Bubble Playland dan Rock Paper Scissors Water War.

Tiket untuk acara ini hanya boleh didapati melalui Aplikasi UChat yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store atau App Store. Semua urus niaga pada festival hujung minggu ini sepenuhnya tanpa tunai sebaliknya melalui UChatPay.

UChat Songkran Day-Out 2019

Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019

  • 10 pairs of VIP Experience Tickets
  • 20 pairs of premium zone tickets
  • 50 pairs of basic zone tickets

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 80 pasang tiket untuk Budieyators dan pembaca yang menyertai acara yang penuh dengan keseronokan ini. Hadiah tiket ini boleh digunakan untuk dua hari iaitu 13 dan 14 April 2019. Berikut adalah info tentang acara ini:

Tarikh:

13 & 14 April 2019

Masa Pendaftaran:

Semua pemenang diminta untuk menghangat Uchat ID untuk redeem hadiah.

Tempat:

Setia City Oval Lawn, Setia Alam, Selangor

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di UChat Songkran Day-Out 2019 yang berlangsung di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, Selangor pada 13 April 2019.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #uchatmy #UChatSongkran

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com & Facebook Uchat dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey & @uchatmy

Jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai acara ini anda perlu menulis komen apakah pendapat anda tentang acara ini di ruangan komen di bawah ini.

Sila cari butang SHARE di Facebook & Twitter di bawah tajuk entri ini.

2. Jawab soalan mudah ini:

Namakan penyanyi terkenal dari Korea yang akan buat persembahan di UChat Songkran Day Out 2019

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di UChat Songkran Day Out 2019 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Uchat ID:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019

Tarikh tutup peraduan:

6 April 2019

Kepada pemenang yang memenangi tiket ini, anda perlulah memuaturun aplikasi Uchat kerana acara ini adalah ‘cashless’. Kemudian, sila sediakan Uchat ID. Segala transaksi dan pembayaran tidak menggunakan wang fizikal tetapi wang yang ada dalam aplikasi. Dari pembelian tiket sehinggalah membeli belah di food truck, anda perlu menggunakan aplikasi UChatPay.

1.       Download UChat App

2.       Set a Transaction PIN or enable fingerprint ID and choose a security image

Untuk info pembaca, hanya pemegang tiket VIP Experience & Premium Zone akan dapat attend tiket. Manakala untuk anda yang menerima tiket biasa (Basic Zone) hanya boleh menyertai aktiviti main air dan membeli belah di food truck yang disediakan.

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Uchat dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui acara menarik dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019
Peraduan Menang Pass UChat Songkran Day-Out 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE

Kesihatan Bapa Semakin Teruk, Britney Spears Jalani Rawatan Mental