in

SONY ERICSSON K660i SEMPURNAKAN GAYA TERKINI YANG LEBIH COOL!

Untuk tampak lebih COOL, biasanya kita akan bergaya dengan pakaian yang sempoi dan tampak rileks. Namun, bagi Budiey lain pula pendapatnya. Memang pakaian adalah faktor utama untuk bergaya. Tetapi ada satu perkara yang jarang kita sedari… telefon bimbit juga boleh buat korang cool dan sempoi! Bagaimana? Ha, baca ni, Budiey mau cerita sikit!

Mungkin sebab untuk nampak lebih COOL, Budiey telah memilih Sony Ericsson K660i yang direka khas untuk jejaka yang sempoi! Haha! Ini bukan satu lawak jenaka! Kalau korang tidak percaya, bolehlah cuba dapatkannya!

REKA BENTUK MENAWAN
Kali pertama melihat reka bentuk Sony Ericsson K660i, Budiey sudah tertawan. Apa tidaknya, reka bentuk, warna dan lengkap dengan pelbagai fungsi sudah cukup buat kita mahu menggenggamnya setiap masa. Ianya direka dengan keunikan tersendiri, moden dan lebih terkini dengan fungsi 3G. Pilihan warna pun ada 2 jenis warna. Budiey lebih suka warna hitam kerana hitam itukan elegan bergaya!

Ciri skrin 262k dengan saiz 2 inci TFT skrin sudah cukup buat korang teruja. Sudutnya pula licin dan tidak tajam. Ukuran ketinggiannya pula “104mm x 47mm x 15mm”, sesuai untuk tujuan penyimpanan dan gaya hidup yang sentiasa mahu ke sana dan ke mari. Lengkap pula dengan 32 Megabait memori dalaman serta boleh dipertingkatkan bergantung kepada keperluan korang. Lagi pun ianya sangat ringan. Hanya 95 gram sahaja!

INTERNET DI MANA SAHAJA!
Yang penting sekali! Budiey perlukan telefon ini untuk melayari internet. Senang nak baca blog. Siap dengan mode landskap lagi tu! Mudah sangat untuk surfing di mana sahaja Budiey berada sebab ada butang ringkas internet. Untuk mencapai menu lain pun, boleh guna butang ringkas ini. Wah! Mahu update blog pun boleh dengan telefon bimbit ni. Sangat berguna untuk kehidupan seorang blogger seperti Budiey.

Selain dari itu, ianya dilengkapi Access Netfront Web Browser juga RSS feed untuk membolehkan pengguna mencapai maklumat berkaitan dengan hanya menggunakan telefon bimbit ini. K660i menggunakan tiga sistem talian yang membolehkan ianya digunakan di seluruh dunia berdasarkan pembekal perkhidmatan. Pengguna juga boleh menghubungkan telefon ini ke pencetak, laptop, komputer dengan menggunakan teknologi Bluetooth serta kabel USB.

Selain dari itu, telefon ini berupaya memindah data selaju 384Kb sesaat dengan menggunakan teknologi 3G, membolehkan penggunaan talian jalur lebar yang berupaya pengalaman menikmati muzik dan video secara lebih pantas. Satu perkara yang paling menakjubkan iaitu ‘kepelbagaian tugas,’ bermaksud, pengguna boleh menerima panggilan sementara memindah atau memuat turun data.

HIBURAN TIADA HENTI
Wow! Tak sah kalau telefon bimbit tidak ada muzik dan kamera, kan? Jangan risau, Sony Ericsson K660i tidak melupakan niat korang untuk berhibur dan bersantai. Memang telefon bimbit dan hiburan satu sinonim! Tidak boleh dipisahkan. Dengan ada kamera bina dalam, keupayaan video, pemain muzik dan mp3 serta radio FM… ah… sudah memuaskan hati sebab segalanya tampak sempurna.

Korang boleh rakam gambar dan terus secara automatik menyelaras cahaya dan kontras untuk memastikan kualiti gambar nampak lebih sempurna. Selain dari itu, K660i juga menyokong aplikasi PictBridge serta program TrackID, MegaBass dan PlayNow untuk memastikan pengalaman muzik yang tidak akan anda lupakan. Selain dari itu, teknologi RDS juga dilengkapi di dalam aplikasi Radio FM bagi memastikan pengguna mendapat maklumat seperti siran radio, nama siaran dan beberapa maklumat berkaitan di skrin telefon bimbit berkenaan.

TIDAK PERLU THUMDRIVE LAGI
Mahu menyimpan file? Haha! Korang tak perlu thumdrive lagi! Apa kata, simpan sahaja dalam telefon bimbit di mana ada boleh bawa ke mana sahaja. Kini, Budiey juga boleh menikmati perbualan dalam talian dengan pelbagai pihak dan pada masa yang sama menggunakan perkhidmatan pesanan yang lain. Selain dari itu, pengguna boleh menerima pesanan multimedia dengan mudah dan pantas.

K660i dilengkapi dengan jam, penggera, dan pengira waktu. Pengguna pasti akan merasai kehebatan dengan rekaan K660i sebagai teman mobil mereka. Ini kerana K660i dilengkapi fungsi internet dan ‘online’ terkini.

Nah! Apa lagi yang Budiey perlukan untuk tampak cool dan rileks sepanjang masa? Sudah tentu Sony Ericsson K660i lah jawapannya!

[tags]adv, ads, nuffnang, sony ericsson, model k660i, sanding, telefon bimbit murah, advertorial nuffnang[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15

Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?