in ,

Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 2 keping tiket VIP – AIM15 kepada 2 orang pembaca yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan 2 orang penyanyi yang akan mempersembahkan nyanyiannya di AIM malam ini.

Soalan 2:
2. Datuk Siti Nurhaliza akan menyanyikan sebuah lagu seorang sifoo / komposer / penyanyi terkenal. Cuba teka siapakah komposer tersebut?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik secara live di PWTC malam ini kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15

Tarikh tutup peraduan:
Jam 2 petang 3 Mei 2008

2460926988 08D6A510Fa | 5

Terima kasih EQ Music Malaysia Sdn Bhd atas tiket jemputan VIP tersebut.

Kemaskini pada jam 3.27 petang: Budiey telah pun memilih 2 orang pembaca untuk menerima 1 keping tiket VIP setiap seorang untuk menonton secara live AIM pada malam ini. Tahniah Budiey ucapkan kepada:

  1. Maisarah Hassan dari Puchong, Selangor
  2. Mohamad Fathri Bin Mohd Rethuan dari Universiti Malaya

Kita jumpa di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura

SONY ERICSSON K660i SEMPURNAKAN GAYA TERKINI YANG LEBIH COOL!