in , , ,

Solekan Padu! Ini 7 Solekan Pilihan di Semi Final Muzik-Muzik 35 Yang Vass!

Episod ketiga Semi Final Muzik-Muzik 35 tidak sempat berlangsung dek kerana Alif Satar didapati positif Covid-19. Alif Satar yang merupakan salah seorang semi-finalist pertandingan ciptaan lagu paling berprestij ini telah melangsungkan persembahan pada malam pertama SFMM35 berlangsung, yakni Jumaat, 20 November.

Dan sebagai langkah berhati-hati, pihak TV3 mengambil keputusan untuk menangguhkan episod ketiga pada satu tarikh yang akan diumumkan. Dalam riuh-rendah berbicara tentang berita Alif Satar itu, tidak dinafikan persaingan sengit SFMM35 sudah dirasakan, dan dua malam pertama sudah mampu membuat kita pening kepala berteka-teki siapa yang bakal mara ke pentas AJL tahun hadapan. Dan bukan mahu berbicara tentang lagu, EH! mahu senaraikan tujuh gaya solekan selebriti yang beraksi pada malam SFMM35 termasuklah pengacaranya, Sherry Alhadad.

DAYANG NURFAIZAH

dayang-nurfaizah

Selepas sudah beberapa tahun mempertaruhkan lagu balada, kali ini Dayang Nurfaizah naik ke pentas mendendangkan lagu yang lebih segar, dan seiring lagu penampilannya juga tampak cukup berbeza. Dayang yang baru sahaja mewarnakan rambut, tampil dalam dandanan bersahaja yang disempurnakan oleh Yusof Ruzaimi. Khir Khalid pula mencipta solekan dalam ton gangsa yang dilihat cukup sempurna pada ton kulit Dayang, malah ada yang meninggalkan komen di Instagram mengatakan Dayang tampil bak Jennifer Lopez malam itu. Khir menambah pembayang mata ‘basah’ 15 minit sebelum Dayang melangkah ke pentas.

STACY ANAM

Stacy-Anam

Stacy yang mempertaruhkan lagu Khayal tampil fierce baik pada solekan juga dandanannya. Bosco memberikan solekan mata berkabut hitam dengan efek kilat berserta teknik kontur yang cukup strong. Bibir Stacy pula Bosco memilih untuk mencalitnya dengan sapuan gincu merah samar dalam ton sedikit pucat. Rambut Stacy tampil wild hasil dandanan Hamidi.

WANY HASRITA 

Wany-Hasrita

Tampil dalam balutan serba perak, Wanya Hasrita tampil dalam solekan ala ‘Huda Beauty’ dengan mainan warna tanah pada mata dan berpadanan gincu merah jambu. Lari dari imej kebiasaannya, solekan Wany sewaktu mempersembahkan lagu Canggung lebih bold, dan ia dapat dilihat pada lukisan keningnya yang gelap. Solekan Wany disempurnakan oleh Ynasakinah.

KAKA AZRAFF

Kaka-Azraff

Kaka Azraff setia dengan jurusolek kegemarannya, Emmy Agung dan untuk konsep ‘Gila’ ini Kaka tampil dalam padanan serba putih lengkap dengan hiasan kepala sarat mutiara. Emmy memberikan solekan edgy pada mata Kaka, yang mana dia bermain dengan penggaris mata putih dan hitam. Bibirnya pula tampil dalam calitan ton bibir asal namun dibhidupkan dengan sapuan glos bibir. VV Chan menggayakan rambut Kaka dalam gaya low ponytail.

ERNIE ZAKRI

Ernie-Zakri

Jemari magis Sahir Sabri terus menjadi pilihan Ernie Zakri. Ernie yang tampil melantunkan lagu Gundah pada malam pertama hadir dalam balutan busana serba ungu dan Sahir memilih untuk merias mata Ernie dengan sentuhan pembayang mata kelabu dan perak. Dan hanya pada matanya itu sahaja ada efek kilat manakala bahagian lain dibiar pusam, baik pada pipi mahupun bibirnya.

AMIRA OTHMAN

Amira-Othman

Amira yang pertama kali melangkah ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik memilih Be ramza untuk merias wajahnya malam itu. Bee memberi sentuhan serba sederhana namun dia memberi fokus kepada solekan kening Amira. Bee mencipta gaya feathers eyebrow, bulu kening yang disikat kemas ke atas. Untuk bibir pula Bee memilih gincu dalam ton koral.

SHERRY ALHADAD

Sherry-Alhadad

Pengacara Muzik-Muzik ini tampil ala Cleopatra pada malam pertama. Dia yang disolekkan oleh Jijie Zainal hadir dalam solekan mata dengan gaya winged-liner memanjang keluar, tebal atas dan bawah yang mencipta efek mata yang sedikit sepet. Dia hadir dalam cemara bob hasil dandanan Cody Chua.

*Sumber: EH!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengecas MagSafe Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia, Berharga RM179

Uniknya Nama Adik Beradik Satar Alif Satar, Pandai Mak Ayah Diorang Bagi Nama