in , ,

Pengecas MagSafe Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia, Berharga RM179

Menerusi acara pelancaran iPhone 12 yang berlangsung pada Oktober lepas, Apple turut mengumumkan pengecas MagSafe, iaitu pengecasan tanpa wayar magnetik.

Walaupun telah disenaraikan dalam laman web Apple Malaysia hampir tiga minggu lalu, namun ia belum boleh dibeli secara rasmi pada ketika itu. Terbaru, anda kini sudah boleh mendapatkan pengecas MagSafe di Malaysia, dengan harga RM179.

Dengan pengecas MagSafe, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max akan dicas selaju 15W. Akan tetapi, kelajuan telah dihadkan kepada 12W sahaja bagi iPhone 12 mini.

magsafe-charger

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan aksesori MagSafe yang lain termasuk sarung pelindung, dompet dan sebagainya. Jika berminat, boleh ke laman rasmi aksesori MagSafe melalui pautan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Digodam, Lebih 300 Ribu Akaun Pengguna Terjejas

Solekan Padu! Ini 7 Solekan Pilihan di Semi Final Muzik-Muzik 35 Yang Vass!