in ,

Tak Tinggal Solat & Amal Sedekah Subuh Pembuka Rezeki Amir Raja Lawak

Usahawan dan pelawak, Amir Raja Lawak berkongsikan amalan solat dan sedekah pada waktu Subuh setiap hari dilihat sebagai pembuka rezeki dalam bidang perniagaan.

Memetik BH Online, Amir yang mengusahakan perniagaan air jagung berkata dia hanya mengikut perancangan Allah dalam soal rezeki.

“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.

“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.

“Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

QI RAZALI

Qi Razali Nak Kahwin Wanita Biasa Yang Tak Terlibat Dunia Hiburan

Mizie Kamis

Mizie Kamis Lancar Single Pop Balada SAMPAI BILA Yang Menyentuh Hati