in ,

Amir Raja Lawak Bakal Akhiri Zaman Bujang

Pada 11 Februari lalu, pelawak Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati selepas kecewa dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini. Tapi itu dulu, sekarang, Amir dah ada kekasih hati.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia pernah digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.

“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel.”

Setelah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang. Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu.

Amir Raja Lawak Bakal Akhiri Zaman Bujang

Amir Raja Lawak Bakal Akhiri Zaman Bujang

Amir Raja Lawak Bakal Akhiri Zaman Bujang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

List of Nominations MTV Video Music Awards Japan 2014

Gambar Sekitar Meet & Greet The Amazing Spider-Man 2 di Singapura