in ,

SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie

ENAM grup berentap dalam satu pentas untuk merebut juara pertandingan akhir Battle Of The Band: Bola Kampung The Movie yang dipertandingkan pada Sabtu lalu di perkarangan Sunway Lagoon Theme Park (Perkarangan Utama) anjuran Animasia Studio. Tahniah Budiey ucapkan.

Kesemua grup membawakan dua buah lagu (sendiri atau saduran) dan kemudian mendendangkan lagu tema Bola Kampung dengan cara mereka sendiri. Ini merupakan syarat yang dikenakan untuk grup ini beroleh juara dan memenangi hadiah yang bernilai RM9,500 termasuk peluang merakamkan lagu Bola Kampung versi mereka sendiri untuk dijadikan lagu runut bunyi filem tersebut.

Sebagai informasi, siri animasi Malaysia dengan judul Bola Kampung telah menemui kejayaan di peringkat global dengan disiarkan di negara-negara Asia Tenggara melalui Disney Channel Asia dan Cartoon Network Asia. Pihak Animasia Studio berminat untuk mengulangi kejayaan dan muncul dengan produk Bola Kampung – The Movie’, sebuah filem 3D animasi stereoskopik yang disasarkan menemui penonton di pawagam pada awal tahun 2013.

Rata-rata grup yang bertanding menunjukkan antusias masing-masing dalam mempamerkan sisi kreatif dan skil mereka. Ini jelas kelihatan dalam aspek persembahan dan susunan lagu yang mempamerkan sisi segar anak-anak muda ini. Begitu juga dengan interaksi mereka sesama anggota grup dan para penonton yang rata-rata memberi sokongan padu kepada grup yang bertanding.

SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie

Sebelum pertandingan yang dianjurkan oleh ini bermula, AG Coco selaku salah seorang juri menerangkan bahawa juri mencari grup yang tampil dengan originaliti, setiakawan grup dan persiapan mereka dalam lagu. Turut menjadi juri bagi pertandingan ini adalah Rahul (One Buck Short) dan Tony daripada pihak Roland.

Battle of The Bands yang bermula pada pukul 4.30 petang menyaksikan enam grup iaitu Mudd Monkee, The Nose, 679 Band, SOG, Flip Fall 90 dan Floor 88 merebut gelaran juara dan hadiah berupa wang tunai dan baucer tajaan Roland termasuk sesi rakaman studio untuk lagu Bola Kampung The Movie yang bernilai sehingga RM9,500.

Tuah dan kemenangan akhirnya berpihak grup SOG (Sekumpulan Orang Gila) yang muncul dengan gelaran juara. SOG yang terdiri daripada lima anak muda membawakan lagu original mereka bertajuk Kitalah Juara yang diikuti dengan lagu tema Bola Kampung yang didahului dengan bunyi fluit.

Kemudian mereka menyanyikan pula lagu saduran Grenade (Bruno Mars) dengan cara mereka yang tersendiri. Menariknya persembahan SOG ini terletak pada permainan muzik mereka yang padu diikuti dengan ‘tarian’ koreograf yang selari. SOG membawa pulang wang tunai berharga RM3,000, baucer tajaan Roland dan sesi rakaman studio untuk lagu runut bunyi filem Bola Kampung The Movie.

Menurut kata AG, SOG mempamerkan idea dan susunan muzik mereka bagus. Bersetuju dengan pendapat AG, Rahul menambah bahawa SOG merupakan sebuah grup yang menampilkan idea serta menghiburkan.

Naib juara jatuh kepada grup Mudd Monkee yang jelas menginspirasikan grup Foo Fighters. Tebal dalam genre rock, mereka membawakan lagu ciptaan sendiri bertajuk Attitude dan Save Me diikuti dengan lagu tema Bola Kampung. Grup ini membawa pulang wang tunai bernilai RM2000 dan baucer tajaan Roland.

Tempat ketiga jatuh kepada grup enam orang anggota iaitu 679 Band yang berasal dari Gombak. Grup yang ditubuhkan pada 6 Julai 1999 ini membawakan lagu saduran bertajuk Time Bomb (Rancid) diikuti dengan lagu ciptaan mereka sendiri, Harimau Malaya. 679 band membawa pulang wang tunai berharga RM1000 serta baucer tajaan Roland.

Pertandingan ini turut disokong oleh Hot FM, Roland, SES Sound and Lightning dan majalah MYC.

SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie
SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie
SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie
SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie
SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Jaga-Jaga Fazley Yaakob di Youtube & iTunes

Sinopsis Filem Zaiton Ceritaku