in

Sinopsis Filem Zaiton Ceritaku

Barisan Pelakon Filem Zaiton Ceritaku

  1. Nadia Aqilah sebagai Zaiton Sameon
  2. Shahronizam sebagai Rahim
  3. Karl Shafek Ismail sebagai Shamsul
  4. Riezman Khuzaimi sebagai Baharom
  5. Arash Mohamad sebagai Abang Ipar Zaiton
  6. Wan Maimunah sebagai Emak Rahim
  7. Norlia Ghani sebagai Emak Zaiton
  8. Siti Rohkhaida Abd Khalil (Rock) sebagai Anita
  9. Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Kakak Zaiton

Poster Zaiton Ceritaku

Sinopsis Zaiton Ceritaku

Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon.

Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya.

Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?

Info & Trivia

Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.

Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Info Filem Zaiton Ceritaku

Pengarah : Esma Dainal Md Isa
Syarikat Penerbit : Bruang Filem Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Kategori : Auto-Biografi
Klasifikasi : U
Tarikh tayangan : 1 November 2012
Durasi : 87 minit
Format : 35 mm
Penerbit Eksekutif : Hj Burhanuddin Md Radzi

Penerbit :
Hjh Ainon Ariff
Esma Dainal Md Isa

Garapan Idea & Konsep Asal :
Hj Burhanuddin Md Radzi
Hjh Ainon Ariff

Lakon Layar : Esma Dainal Md Isa

Skor Muzik : Adnan Abu Hassan

Lagu : Eddie Hamid

Syarikat Pengedaran & Promosi : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Official trailer :
Fan page : http://www.facebook.com/zaitonceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Gambar Filem Zaiton Ceritaku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sakura Band | 14

SOG Juara Battle Of The Band Bola Kampung The Movie

Klangit Lancar Album Terbaru Berjudul DEWI