in , ,

SM Nasarudin Kahwini Marion Caunter Disember Ini

Tahniah! SM Nasarudin kahwini Marion Disember ini. Pastinya Meriah Majlis Yang Bakal Diadakan!

SELEPAS lama bercinta, SM Nasarudin dan Marion merancang untuk berkahwin akhir tahun ini.

Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.

Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.

“Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,”

– SM Nasarudin

Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.

“Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah,” katanya.

Marion Caunter &Amp; Sm Nasaruddin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Denise Keller Entertainment Brand Diva Universal

Profile Denise Keller