in

Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali

Slot Samarinda yang menemui penonton TV3 setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam bakal mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri 25 episod berjudul Yusuff mulai 4 Mac 2009. Yusuff merupakan hasil arahan sutradara Hitler Zami dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Sinopsis Drama Yusoff

Drama menarik ini mengisahkan tentang Yusuff yang telah terpisah dengan ibu bapanya kerana perasaan hasad dengki ibu dan adik beradik tirinya. Yusuff dicampakkan di dalam telaga oleh saudara tirinya tanpa pengetahuan ibu dan bapa kandungnya, Suhana dan Yaacob yang menyangka Yusuff telah hilang. Yusuff berjaya diselamatkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Semenjak itu, bermulalah episod baru di dalam hidup Yusuff.

Antara pelakon-pelakon utama drama menarik ini ialah Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Jamaludin Kadir, Betty Banafe, Adam Anuar, Rahim Kadol, Puteri Fateen, Zed Zaidi dan ramai lagi dalam sesi ramah mesra bersama mereka. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari penyanyi lagu tema drama Yusuff iaitu Imran Ajmain.

3302492563 88Efefb65E | 4

Syed Ali, pelakon Renjis yang ingin pergi jauh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wana Juara My Starz LG Musim Ke-2

Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17