in

Wana Juara My Starz LG Musim Ke-2

Updated: Budiey nak ucap tahniah kepada Wana kerana telah dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ke-2. Dengan gelaran juara, Wana membawa pulang wang tunai RM100,000, sebuah LCD TV 42 inci tajaan LG, serta menjadi bintang dengan kontrak rakaman bersama label rekod, Warner Music Malaysia.

Dengar cerita, masa rehersal dan latihan, Wana menangis sebab Jamal Abdillah tak dapat datang berlatih bersamanya. Tapi berbaloi lah usaha Wana bekerja keras memantapkan lagi vokalnya sehingga berjaya mendapat takhta gelaran juara.

3301402283 Cc31F391D5 O | 4

Tempat kedua disandang oleh Nashrin yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 serta barangan LG, LCD TV 32 inci sumbangan LG, tempat ketiga disandang oleh Cassie yang mendapat telefon bimbir LG Renoir manakala Hairi jatuh ke tempat ke-4 dan membawa pulang penghawa dingin LG Art Cool.

3301402783 Cf1C4E79Aa O | 5

Wann Nashrinie Zafri atau Nashrin, 20, yang mendendangkan lagu ‘Perlu Kamu’ bersama Misha Omar serta lagu medley ‘Kaulah Segalanya’ dan ‘Si Gadis Ayu’ mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta barangan LG, LCD TV (32’ LG LCD).

— 

Latihan sudah pun dihadiri, tugasan juga telah pun dilunaskan, segala tunjuk ajar telah dipraktikkan daran n segala kritikan telah dijadikan panduan dan malam ini, malam penentuan, malam yang Budiey rasa malam debaran bagi kesemua finalis Mystarz LG yang bakal berentap bagi merangkul status Juara My Starz LG musim ke-2.

Antara Nashrin, Hairi, Cassie dan Wana… masing-masing punya kelebihan. Dibawakan secara langsung melalui TV3 dari Dewan Merdeka, PWTC menyaksikan para finalis menyampaikan dua buah lagu dalam konsert selama dua jam.

3300329656 8F6346E493 O | 6

Juri professional Hattan, Liza Hanim dan Ajai

Finalis akan menyanyikan lagu-lagu medley secara solo dengan genre pilihan mereka dan berduet bersama penyanyi popular pilihan masing-masing. Pastinya persembahan malam ini lain dari yang lain dan yang terbaik ditonjolkan oleh para finalis bagi mendapat markah terbaik dari juri profesional dan undian dari penonton.

3299504579 B874A4E1D8 O | 7

Intro: kolaborasi dari Lah & VE power vokal diaorang ni sampai berapi pentas!

3299581189 Cf2A35Aaeb | 8

Hos Naz dan Anne

Cassie membuka tirau persembahan dengan persembahan solo menyampaikan lagu-lagu medley yang dipopularkan oleh Sharifah Zarina dan Siti Nurhaliza iaitu Langit Ke Tujuh dan Ku Mahu.

3300412226 C47895D669 | 9

Diikuti dengan Hairi yang menyusur dengan lagu duet bersama Fiq menyampaikan lagu-lagu bergenre rock oleh Lefthanded dan Wings iaitu lagu Debunga Wangi dan Opera Hidup.

Wana muncul dengan gabungan lagu-lagu popular oleh Khatijah Ibrahim dan Agnes Monica iaitu Ku Pendam Sebuah Duka dan Ku Telah Jatuh Cinta.

Nashrin menampilkan lagu Misha Omar dalam persembahan duetnya menyampaikan lagu Ajai bersama Kris Dayanti, Perlu Kamu.

Cassie dan Siti Sarah menghangatkan pentas dengan lagu rancak yang dipopularkan oleh Duffy berjudul Mercy. Hairi mempersembahkan lagu-lagu indie dan rock yang dipopularkan oleh Meet UNcle Hussin dan Handy Black Lagu Untukmu dan Kau Yang Bernama Seri.

Wana muncul selepas itu bersama penyanyi yang mempunyai suara merdu, Jamal Abdillah menyampaikan lagu popularnya berjudul Kehebatan Cinta.

Manakala Nashrin menutup tirai persembahan dengan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi iaitu dari Singapura Hazrul Nizam dan Black Dog Bone iaitu Kaulah Segalanya dan Gadis Ayu.

Selain berhbur dengan finalis, penonton dihiburkan dengan persembahan Faizal Tahir dengan lagunya Kerna Kami dan Jamal Abdillah mendendangkan lagu Terharu yang menggantikan Mawi yang tidak dapat hadir. Paling dinantikan ialah persembahan selingan dari penyanyi dari Seberang, Rossa yang mendendangkan lagu Hey Ladies dan Ayat-Ayat CInta.

Persembahan akhir para finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hattan dan Liza Hanim manakala Faizal Maas atau Ajai dijemput sebagai juri jemputan. Format My Starz dipengaruhi oleh 70% keputusan dari juri dan 30% dari keputusan undian SMS dari penonton.

Semua peserta My Starz LG dilatih oleh penasihat vokal, penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Bahrim sebagai konsultan imej.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Konsert Final My Starz LG

Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali