in

Slot Lagenda MATA AYER Lakonan Zamarul Hisham Ayu Raudhah

Satu Muslihat Yang Terselindung
Slot Lagenda Kini Bersiaran Jam 4.00petang

Menyusuli “Kemboja Putih”, ikuti siri drama terbaru di slot Lagenda MATA AYER yang bersiaran mulai 11 April 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang. Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan penulisan skrip oleh Mohd Rohizan Ramli ini menampilkan barisan pelakon yang berbakat seperti Zamarul Hisham, Sharifah Shakinah, Ayu Raudhah, Azza Elite dan Hairi Anak Wayang.

Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, penduduk kampung masih mempercayakan perubatan secara tradisional kerana pengaruh yang kuat oleh Tok Ipin (Zamarul Hisham). Mereka selalu merujuk kepada Tok Ipin sekiranya ada masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus. Tok Ipin disegani dan disanjungi di kampung tersebut.. Namun, Tok Ipin mula risau apabila kampung tersebut mula dimajukan dengan penubuhan klinik desa.

Mata Ayer

Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah lagenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk kampung akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin. Punca mata air yang dijumpainya dikaitkan dengan lagenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya hingga kini. Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus. Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air dari mata air itu untuk perubatan tradisional.

Ustaz Akhbar (Hairi Anak Wayang) mengambil keputusan untuk balik ke kampungnya di Perlis apabila ibunya, Munah semakin uzur. Kepulangannya tidak disenangi oleh Tok Ipin kerana Ustaz Akhbar mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang Imam yang dihormati di kampung tersebut. Tok Ipin sebenarnya mengamalkan ilmu hitam sebagai muslihatnya untuk mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.

Shidah (Sharifah Shakinah) juga pulang ke kampung halamannya kerana sering diganggu oleh sebuah mimpi pelik yang berkaitan dengan seorang wanita bernama Melati. Shidah telah kembali untuk mencari kebenaran. Shidah sering bermimpi tentang moyangnya, Melati (Ayu Raudhah) tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mimpi tersebut.

Ustaz Akhbar cuba mendekati anak muda di kampung itu untuk menggalakkan mereka pergi ke surau. Tok Ipin sering mencari kesempatan untuk menumbangkan pengaruh Ustaz Akhbar yang semakin kuat di kampung itu. Tok Ipin telah mempergunakan Tijah (Azza Elite) untuk memerangkapkan Ustaz Akhbar. Tijah yang semakin cemburu dengan hubungan mesra antara Ustaz Akhbar dan Shidah bersetuju dengan rancangan Tok Ipin.

Tunang Shidah, Ishak (Zain Saidin) yang asalnya datang untuk memujuk Shidah pulang ke bandar tertarik dengan kemujaraban mata air tersebut dan mula memasang niat untuk mengaut keuntungan daripadanya. Masing-masing mempunyai agenda sendiri. Apakah Ustaz Akhbar berjaya membongkar muslihat Tok Ipin? Ikuti Lagenda: MATA AYER setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang, hanya di TV3!

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Mata Ayer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan A&W Whats Your Story

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011