in

SLASH Kembali Dengan MELODI KASIH

Setelah sekian lama menyepi kumpulan yang popular dengan lagu TAMAN ASTAKONA ini telah melahirkan single terabaharu mereka yang berjudul “Melodi Kasih”. Bernaung kini di bawah label mereka sendiri Astakona Entertainment, Slash merupakan kumpulan yang berkonsepkan pop rock.

Slash Kembali Dengan Melodi Kasih

Dianggotai oleh Nuar selaku vokalis ,Joe dan Rafix selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum.Masing-masing berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single berjudul MELODI KASIH ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut joe dalam pembikinan single ini, mereka mendapat khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama. Proses rakaman single ini telah yang telah mengambil masa sebulan untuk disiapkan di studio NAR Kuala Lumpur, manakala proses mastering dibuat di Studio 301 Sydney Australia.

Berbicara mengenai “Melodi Kasih”, karya tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, bersesuaian dengan peredaran zaman. Memilih genre Pop Rock, Melodi Kasih memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy.

Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta yang disifatkan sesuai dengan judul lagunya MELODI KASIH, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.

“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan catchy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini,” ujar Joe.

Slash juga berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada golongan muda.

Slash

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Terima Lamaran Raf Yaakob

Drama ANDAINYA TAKDIR Raih 10 Juta Tontonan Sepanjang Bersiaran