in , ,

Yang Menarik Tentang Single Religi Slash DAN LEBURKANLAH

Sempena kedatangan bulan Ramadan ini kumpulan yang popular dengan lagu “Taman Astakona” ini telah, melahirkan single yang berkonsepkan religi mereka yang pertama berjudul “Dan Leburkanlah” juga merupakan single ke 4 mereka.

Bernaung di kini dibawah label mereka sendiri Astakona Entertainment ,  Slash merupakan kumpulan yang berkonsepkan pop rock. Dianggotai oleh Nuar selaku vokalis ,Joe dan  Rafix  selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum.Masing-masing  berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single  berjudul “Dan Leburkanlah ” ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut joe dalam pembikinan single ini, mereka mendapat khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama dan turut menampilkan Daly Filsuf dalam single terbaharu ini. Proses rakaman single ini telah yang telah mengambil masa seminggu  untuk di siapkan di The Archive Studio Kuala ,manakala proses Mixing Mastering di buat di lakukan oleh Taja Mustapha (Meet Uncle Hussin).

 Berbicara mengenai “Dan Leburkanlah ”, lagu ini bertemakan kecintaan terhadap Maha Pencipta yang abadi yang memberikan hidayahNya,ianya juga membawa maksud yang tersirat dalam mencari redha ilahi.

Yang Menarik Tentang Single Religi Slash DAN LEBURKANLAH

“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan catchy dan mesej yang kebaikan untuk generasi muda dan sangat sesuai kami rilis sempena bulan ramdan yang mulia. Walaupun kami kumpulan era 90an tetapi kami inginakan pembaharuan dengan kerjasama bersama adi (6ixthsense) ,Taja (Meet Uncle Hussin) & Daly Filsuf (Ahli Fiqir) ujar Joe lagi.

Slash juga berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan dan merupakan salah mesej positif daripada kumpulan slash kepada masyarakat setelah 24 tahun dalam industri seni.

Yang Menarik Tentang Single Religi Slash DAN LEBURKANLAH

Lirik video “Dan Leburkanlah “ ini telah dilancarkan  9 may 2019 lalu kini mencecah 17,749 tontonan ketika ini , https://www.youtube.com/watch?v=CS5iBDv1B-s

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hard Rock Cafe Brings Some Global Inspiration To Its Menu During Ramadhan

Azar Azmi Punca Wan Maimunah Berendam Air Mata dalam Telemovie SYILING OPAH