in , ,

Siti Sarah Menyampah dengan Peniaga Sanggup Tayang ‘Body’ Lariskan Produk

KESAL dengan trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi dan usahawan Siti Sarah terpanggil membuat teguran secara terbuka.

Sarah atau nama sebenar Siti Sarah Raisuddin, 36, berkata, biarpun bukan seorang Muslim sempurna, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.

“Tayang body jual produk? Ya, semua orang buat silap. Dalam dunia ni tak ada orang yang tak buat silap, Sarah sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi, pernah jahil… ya tapi tak sampai sanggup jual barang untuk meniaga.

“Makin lama makin ramai… orang perempuan pun sama naik, tak tahu mana lelaki dan mana perempuan, korang ingat korang je ke dalam Malaysia ni yang buat duit? Sarah sendiri dah naik menyampah!”

– Siti Sarah
siti-sarah
Semua orang buat silap, Sarah sendiri pernah seksi dan jahil.

Isteri kepada pelawak Shuib ini berkata, usahawan yang berkelakuan sebegini berkemungkinan besar dilindungi seseorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes.

“Ya faham… ya korang kuat, tidak ada satu orang pun yang mampu menjatuhkan korang. Mungkin ada yang menjaga korang, sebab tu makin lama makin menjadi,”

– Siti Sarah

Sementara itu, Sarah berkata, banyak cara lain yang boleh dilakukan bagi mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa aksi memalukan diri.

Katanya, dia sendiri mampu menjana pendapatan lumayan dengan menjalankan perniagaan kosmetik iaitu Ratasha Cosmetics dengan cara yang betul.

“Mari Sarah tunjuk, Sarah ni yang tak pernah tunjuk duit, mari sini Sarah nak tunjuk! Tak payah terkinja-kinja, tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak.

“Dengan rezeki Allah, Allah maha besar… Allah yang memberi rezeki… tiada tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah,” ujarnya.

– Siti Sarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patutlah Gaun Kuning Siti Nurhaliza Hilang, Ini Rupanya Terjadi

Xiaomi Celebrates 10-Year Anniversary With Special Online Deals