in , ,

Patutlah Gaun Kuning Siti Nurhaliza Hilang, Ini Rupanya Terjadi

Minggu lalu muncul sebuah drama parodi yang memaparkan babak popular daripada drama terkenal 7 Hari Mencintaiku 2.

Setiap pelakon drama parodi itu memegang watak utama drama kegemaran ramai itu seperti Dr. Khuzairi, Mia Adriana dan Mak Leha.

Patutlah Gaun Kuning Siti Nurhaliza Hilang, Ini Rupanya Terjadi

Lebih menggeletek hati, salah seorang pelakonnya memakai gaun kuning persis penyanyi asal lagu tema drama berkenaan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Aksinya menyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu sambil mengibas gaun kuningnya itu bukan sahaja mencuit hati netizen malah mendapat perhatian Siti.

Siti yang mengulang kicau ciapan tersebut turut meninggalkan komen:

“Patut dres kuning saya hilang,”.

– SITI NURHALIZA
Patutlah Gaun Kuning Siti Nurhaliza Hilang, Ini Rupanya Terjadi

Ciapan penyanyi nombor satu negara itu telah mendapat lebih 28,300 tanda suka dan 22,700 ulang kicau oleh pengguna Twitter.

Terdahulu, Siti pernah melakukan sesi fotografi dengan sepasang memakai gaun kuning bagi mempromosikan album baharunya, Manifesta SITI 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha Bertudung | 17

Gara-Gara Impak 7 HARI MENCINTAIKU, Anak Tarbiah Ayahnya, Cukup Padu!

Siti Sarah | 18

Siti Sarah Menyampah dengan Peniaga Sanggup Tayang ‘Body’ Lariskan Produk