in , ,

Betul Ke Siti Sarah Bertunang dengan Mohd Harith Fuad Robinson?

Ingat lagi tak gosip Siti Sarah dan sorang jejaka Mat Salleh dalam Melodi kat TV3 lepas. Bila ditanya mamat tu siapa, Sarah cakap, No komen, no komen.

Ha! Hari ini ramai yang terkejut sebab Siti Sarah dan jejaka Mat Salleh berusia 24 tahun yang bernama Mohd Harith Fuad Robinson ini telah pun bertunang.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah. Wah! Senyap-senyap je dia bertunang ek?

Gambar Lama Siti Sarah Bertunang Dengan Mohd Harith Fuad Robinson?

Berikut adalah artikel daripada mStarOnline berkenaan dengan Siti Sarah bertunang:

Siti Sarah Selamat Langsungkan Pertunangan

Setelah setahun perkenalan, penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 23, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Harith Fuad Robinson, 24, di Hotel Armada, di sini, petang tadi.

Majlis berlangsung sekitar jam 3.40 petang tadi itu diadakan secara sederhana dengan penuh adat tradisi Melayu serta disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan rapat pasangan tersebut.

Gambar Lama Siti Sarah Bertunang Dengan Mohd Harith Fuad Robinson?

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menghadiahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan serta sebentuk cincin.

Siti Sarah dan tunangnya, Mohd Harith Fuad pada majlis pertunangan mereka petang tadi

Sarah dan pelumba motorcross dari kumpulan KTM itu mula menjalinkan hubungan kira-kira setahun lalu menerusi Internet.

Jejaka berasal dari New Zealand itu juga telah menetap di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu dan telah memeluk Islam kira-kira empat bulan lepas.

Ditemui sejurus selepas majlis tersebut, Sarah melahirkan rasa gembiranya dengan pertunangan tersebut dan tidak merasakan ikatan itu dibuat terlalu awal untuk mereka.

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lalu. Lagipun saya tidak mahu orang ingat saya main-main. Lepas ini, jika mereka terserempak saya keluar bersama Fuad, mereka sudah tahu dia adalah tunang saya.

– Siti Sarah

Sarah bersama kedua-dua ibu bapanya dan Fuad (dari kiri) Gail Robinson (ibu Fuad), Bob Robinson (bapa Fuad), Raisuddin Hamzah dan Noraini Mohamad (bapa dan ibu Sarah)

“Tempoh bertunang adalah dua tahun. Tetapi, terserahlah pada jodoh. Jika memang sampai seru awal, maka mungkin kami akan berkahwin awal. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan,”

– Siti Sarah

Siti Sarah yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna oren rekaan Syaiful Bahrim.

Bagi Fuad pula, dia merasakan pertunangan itu adalah tindakan yang baik memandangkan mereka sudah mula mengenali isi hati masing-masing, walaupun baru setahun menjalinkan hubungan. 

Sarah dan Fuad bersama barangan hantaran (Foto The Star oleh TK Lim)

“Kami banyak persamaan. Kami saling ambil berat antara satu sama lain. Sarah dan ayahnya juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai Islam.

“Saya gembira, kedua-dua ibu bapa saya di New Zealand turut bersetuju dengan pilihan saya dan memang langsung tiada tentangan,”

– Fuad

Kami di portal Budiey mengucapkan selamat bertunang buat Siti Sarah dan tunang.

Baca gosip lain:

1. Ella akan berkahwin?

2. Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K

3. Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac | 23

Gambar Menarik dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam

Hans Isaac | 24

Ulasan Filem QABIL KHUSHRY QABIL IGAM