in , ,

Betul Ke Ella Akan Berkahwin?

Kalau betullah Ella akan berkahwin 31 Julai ini alangkah gembiranya hati para peminat Ella yang menunggu sekian lama. Saya memang tunggu lama dah bilakah saatnya!

Saya seperti tidak percaya dengan paparan muka depan Harian Metro hari ini yang meletakkan Ratu Rock Negara itu sebagai pelaris! Hasilnya, kita akan melihat seorang lagi artis kita akan berkahwin nanti. Adakah ini betul atau sebagai satu kontroversi yang sengaja dicetuskan untuk menaikkan nama Ella.

Dsc_0037

Ya, memandangkan usia Ella yang kini sudah merangkak ke usia ‘tua’, maka elok kiranya Ella mempunyai seorang pembimbing (ke arah kebaikan) dan sebagai peneman kesunyian malam Ella. Saya sebagai peminat akan terus mendoakan agar Ella selamat melangsungkan perkahwinan ini.

Kepada peminat Ella, jangan lupa persembahan Sunday Nite Live ELLA pada bulan depan di Planet Hollywood.

Petikan Harian Metro hari ini mungkin akan mengecewakan setengah pihak terutamanya… tet!

“Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang. Seperti seekor rama-rama, begitulah ibaratnya keadaan diri saya ketika ini. Malah, hati saya juga sudah terisi oleh seseorang yang bergelar teman istimewa.  “Dan, kalau jodoh mengatakan saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini, biarlah ia berlangsung pada tarikh ulang tahun kelahiran saya nanti yang akan menyusul pada 31 Julai ini,” kata penyanyi Ella atau Nor Zila Aminuddin.

Pengakuan jujur itu dibuat di hadapan wartawan ketika ratu rock tanah air ini mengumumkan kelahiran album terbarunya, Rama-Rama dan persembahannya menerusi siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood di sini, pada 11 dan 25 Februari depan.

Menurut Ella, pada usia yang bakal mencecah 41 tahun, dia mengakui bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang hampir setengah tahun dikenalinya.

“Apa yang boleh saya katakan mengenai dirinya, dia bukan orang yang terbabit secara langsung dalam industri muzik tetapi ada keserasian yang tertentu antara kami berdua.

“Dia juga lebih tua daripada saya. Malah, dia turut meminati seni khususnya yang berkaitan dengan puisi. Menulis puisi juga hobinya.

“Banyak juga dia menghantar puisi yang ditulisnya sendiri kepada saya. Adakalanya saya sendiri tidak terbaca puisi yang dihantarnya itu.

“Namun, puisinya cukup menarik dan mempunyai makna serta pengertian cukup mendalam,” katanya.

Ella yang kelihatan semakin muda dan segar dengan imej berambut pendek dan penampilan yang lebih ranggi, turut memberitahu seluruh ahli keluarganya sudah mengenali lelaki yang bertakhta di hatinya kini.

“Sudah beberapa kali juga dia berjumpa keluarga saya dan keluarga turut menyenangi dirinya. Namun, setakat ini dia belum lagi datang merisik. Saya juga tidak fikir itu sebagai sesuatu yang perlu.

“Kalau sempat merisik dan bertunang, kita buatlah. Kalau tidak, kita langsungkan saja akad nikah dan majlis perkahwinan,” katanya.

Mengenai kelahiran album barunya yang bakal di pasaran pada 23 Januari ini, Ella berkata, dia sememangnya sangat puas hati dengan keseluruhan produksi dan hasil pembikinan album berjudul Rama-Rama itu.

“Ia sangat berwarna-warni sekali. Begitu juga dengan moodnya. Saya sangat menyukainya kerana ia sangat menghiburkan. Saya harap ia juga akan dapat menghiburkan semua peminat.

“Banyak lagu menarik dimuatkan termasuk lagu Imagine dari John Lennon yang dinyanyikan semula dengan gaya dan susunan muzik yang baru.

“Memang tidak mudah mendapatkan lagu yang pernah dipopularkan mendiang John Lennon ini. Isterinya, Yoko Ono memang cukup berhati-hati memberikan keizinan kepada sesiapa merakamkannya semula.

“Namun, terima kasih kepada pihak EMI kerana berjaya mendapatkan lagu itu, namun syaratnya dia (Yoko) haruslah mendengar lagu itu sebelum ia diterbitkan.

“Setakat ini, tiada halangan daripada Yoko untuk saya menerbitkan lagu itu. Mungkin dia sudah mendengar versi saya dan menyukainya, sekali gus memberikan restu kepada saya menyanyikan lagu itu,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosyam Nor | 23

Ulasan Filem SYAITAN Arahan Bade Hj Azmi

Sharifah Amani Model | 24

Siri Drama EMIL EMILDA Lakonan Aaron Aziz & Sharifah Amani