in

Siti Saleha Remove 1000 Kawan dari Facebook

Pelakon Siti Saleha memberitahu sebagai mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu ada pihak yang menyalahgunakan gambar peribadinya, bintang utama drama bersiri Nora Elena ni telah membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya.

Memetik kenyataan di Gua.com, tindakannya itu berikutan gambarnya bersama bekas teman lelakinya yang juga penjaga gol Sabah, Syed Adney telah tersebar lantas menimbulkan gosip mereka kononnya kembali bercinta.

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali.”

Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface itu sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

Siti Saleha

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aaron Aziz & Nadiya Nissa Kena Tangkap Basah?

Video Klip Lagu Muara Hati Hafiz Siti Nurhaliza