in , ,

Siti Saleha Belum Fikir Soal Kahwin, Hubungan Masih Lagi Sebagai Kawan

Walaupun sudah setahun menyulam cinta dengan Joshua Fitton, Siti Saleha menegaskan bahawa mereka tidak terburu-buru untuk ke jinjang pelamin.

Mereka menolak tekanan luar dan memilih menikmati hubungan mereka tanpa tergesa-gesa, menjauhi gesaan orang untuk segera berkahwin.

“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.
“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.
“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronok”.

Siti Saleha

Masih dalam fasa bahagia, aktres berusia 35 tahun itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan ke fasa seterusnya.

“Hubungan kami sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja, saya tidak mahu komen lebih, doakan kami moga dipermudah segalanya.
“Sekali lagi, ini bukan tentang apa yang khalayak fikir tetapi lebih kepada soal hati dan perasaan.
“Sepatutnya dia juga datang hari ini tetapi bertindan pula jadual kerjanya dengan benda lain, jadi ya, doakan kami okey!,”

– Siti Saleha

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2022 selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Akhir tahun tersebut, Siti Saleha yang mesra disapa Sally itu membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HETTY KOES ENDANG

Hetty Koes Endang Ajak Naqiu Untuk Jadi Bintang Undangan di Konsert

Pameran Solo Pertama Raaquu di Zhan Art, ‘Life: Magnified The Main Show’