in

Siti Saleha Bakal Jadi Pengacara Program Gerbang AIM18

Seronok sangat sebab dapat jumpa pelakon wanita Siti Saleha di Majlis Rakaman Gempak Raya Astro pada malam tadi. Sempat juga berbual itu dan ini dengan beliau. Dengarnya, Siti Saleha sekarang ini sedang sibuk buat persiapan untuk menjadi pengacara bagi sebuah program TV – Gerbang AIM. Program TV ini khusus untuk meraikan Anugerah Industri Muzik yang ke-18 tidak lama lagi. Walaupun hanya satu episod sahaja, namun bagi Sal Gerbang AIM cukup menguji kemampuannya untuk mengendalikan sebuah program berbentuk hiburan. Gerbang AIM akan ditayangkan sebelum siaran langsung Anugerah Industri Muzik disiarkan. Sal akan bergandingan dengan seorang pengacara program Sarapan di NTV7. Program yang akan memulakan pengambaran pada 9 Oktober ini akan mmnampilkan calon dan finalis AIM dan kisah disebalik karya dan sejarah mereka. Siti Saleha sangat teruja dan tak sabar untuk memulakan pengambaran.

Dalam perkembangan lain, Siti Saleha juga sibuk dengan pengambaran drama dan beberapa drama akan ditayangkan di Astro pada bulan depan. Dengarnya, Siti Saleha akan berlakon bersama Aaron Aziz sekali lagi dalam sebuah drama. Mmm… pastinya mengembalikan nostalgia drama Nora Elena, kan? Nantikan perkembangan lanjutnya di budiey.com.

Budiey: Ruginya tak rakam pergaduhan antara dua orang hos popular kat majlis open house Astro tadi. kalau tak, terus meletop kat Youtube

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Artis di Rakaman Gempak Raya Astro

Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Astro