in ,

Siti Saleha Bakal Bintangi Siri Extreme Ends di Hong Kong

Pelakon dan model Malaysia terkenal, Siti Saleha, tiba di Hong Kong baru-baru ini untuk menjalani rakaman Extreme Ends. Siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) ini akan memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan.

KIX HD_Extreme Ends-Day vs Night with Siti Saleha (Night hike to a view point overlooking HK)

Pelakon Terkenal Siti Saleha Bakal Bintangi Siri Extreme Ends di Hong Kong

Saleha merupakan salah seorang daripada empat selebriti Asia Tenggara yang akan ditampilkan dalam siri realiti empat episod ini. Bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar (Fi), mereka akan mengembara dan mencipta pengalaman baharu sebagai pasangan suami isteri. Pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai 2017, baru menyambut ulang tahun pertama mereka di luar negara dan kini teruja untuk menjalani percutian di Hong Kong pula.

Dilahirkan di England, nama Saleha menjadi sebutan ramai selepas memegang watak Nora Elena dalam siri drama terbitan TV3, Nora Elena. Drama yang diterbitkan pada 2011 itu ternyata memberi tuah kepada Saleha apabila namanya diangkat sebagai antara pelakon paling popular di Malaysia. Pada tahun 2013, beliau memenangi Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular. Karier lakonannya terus meningkat naik melalui penampilan dalam beberapa drama bersiri dan filem seperti 7 Hari Mencintaiku, Terbaik Dari Langit, Kekasih Elektrik dan Sejadah Panjang Terbentang. Beliau menampilkan kelainan dalam kariernya dengan membintangi filem seram baru-baru ini iaitu Hamba Iblis. Saleha dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Terbaik di Anugerah Telenovela 2018 baru-baru ini menerusi drama psiko seram, Mandatori.

KIX HD_Extreme Ends-Day vs Night with Siti Saleha (Daytime BB gun game in HK)

Ikuti Pengembaraan Saleha dan Suaminya, Fi dalam Siri Realiti Terbaharu KIX di Kota Hong Kong yang Menakjubkan

“Saya teruja untuk memulakan rancangan Extreme Ends dengan KIX kerana belum pernah membintangi rancangan aksi dan pengembaraan atau siri realiti sebelum ini. Ini juga pengalaman pertama saya di Hong Kong; saya berharap peminat saya akan terhibur menyaksikan saya melakukan pelbagai aktiviti baharu dan menarik di sana. Lebih menyeronokkan apabila suami saya Fi akan turut serta. Sepanjang perkenalan kami, Fi sering memberi galakan dan mencabar diri saya untuk menerokai pengalaman baharu. Oleh itu, beliau adalah teman yang paling sesuai untuk menerokai tempat-tempat baharu di sana!” kata Saleha.

Extreme Ends adalah sebuah rancangan realiti yang menampilkan empat selebriti bersama tetamu istimewa mereka dalam pengembaraan di pelbagai tempat menarik di Hong Kong. Siri terbitan asal bercorak santai ini akan mempertontonkan pengalaman percutian para selebriti dan tetamu mereka. Selain itu peminat juga akan dapat menyaksikan wajah negara Hong Kong yang tidak pernah dipaparkan. Setiap episod akan menggambarkan tema bertentangan yang ekstrem seperti “pantas berbanding lambat” atau “tinggi berbanding rendah”. Tema-tema ini akan mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong yang bergaya.

Extreme Ends diterbitkan oleh syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia. Rancangan ini disokong oleh Hong Kong Tourism Board dan Harbour City. Extreme Ends akan disiarkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada bulan Oktober. KIX HD adalah saluran GE Bahasa Inggeris #1 di kalangan penonton Astro pada tahun 2018[1]. *

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali

Sinopsis Filem JODOH SYAITAN