in

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali

TAHNIAH! KUMPULAN EL CORO ENSEMBLE DARIPADA MALAYSIA TELAH MEMENANGI PINGAT EMAS DI BALI INTERNATIONAL CHOIR FESTIVAL, INDONESIA (BICF2018).

BALI – INDONESIA, 5 OGOS 2017 – Pada minggu lepas, Bandung Choral Society telah menganjurkan pertandingan koir peringkat antarabangsa atau lebih dikenali “Bali International Choir Festival 2018” (BICF2018) pada 24 hingga 28 Julai 2018 yang lalu dimana ia telah berlangsung di Prime Plaza Hotel, Bali, Indonesia. Indonesia juga adalah salah satu negara yang paling banyak menganjurkan festival koir samada di peringkat negeri mahupun antarabangsa.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali

Kumpulan El Coro Ensemble telah ditubuhkan pada Jun 2017 yang diketuai oleh saudara Mohamad Azrin Bin Hj Mohd Noor. Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang ahli termasuk pemain piano yang kebanyakannya dari latar belakang muzik (Seni Suara /Vokal) dari institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juga pelajar dari jurusan berbeza selain muzik.

Setelah berbulan-bulan latihan dan melakukan persiapan yang telah dibantu oleh guru vokal yang berpengalaman iaitu Puan Syafizawati Sharif atau dikenali sebagai Cikgu Shafi, akhirnya segala penat lelah kami terbalas kerana kumpulan ini telah berjaya meraih pingat Emas dalam kategori “Vocal Group”.

Sebanyak 16 negara yang telah terlibat dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan pada kali ini seperti USA, China, Venezuela, Thailand, Malaysia, Singapura dan banyak lagi. Tambahan pula, terdapat 16 kategori yang dipertandingkan dan kumpulan ini telah memilih kategori “Vocal Group” di mana sebanyak 11 kumpulan yang bertanding di dalam kategori yang sama. Selain pertandingan koir, terdapat juga program berbentuk pendidikan seperti friendship concert, choir exchange and collaboration, bengkel dan klinik koir, konsert amal, dan sesi perjumpaan bersama para juri profesional.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali

Kami juga sangat berbangga kerana para juri yang terlibat pada pertandingan kali ini adalah merupakan nama-nama terkenal di dalam dunia koir bukan sahaja di peringkat Indonesia tetapi juga peringkat antarabangsa seperti Tommyanto Kandisaputra (Indonesia), Catharina Leimena (Indonesia), Avip Priatna (Indonesia), Daud Kosasih (Indonesia), Andreas Sugeng B. (Indonesia), Miguel Felipe (USA), Pearl Shangkuan (USA), Joy Hirokawa (USA), T.J. Harper (USA), Maria Guinand (Venezuela), Karen Grylls (New Zealand), Moe Naing (Myanmar), Anna Tabita Abeleda (Philippines), HeeChurl Kim (South Korea), Saeko Hasegawa (Japan) dan Zechariah Goh (Singapura).

Walaupun kumpulan kami telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum dan semasa pertandingan berlangsung, kumpulan kami telah membuktikan sifat wajar serta keupayaan kami dengan percubaan berani bersaing di luar negara dengan pencapaian yang sangat baik biarpun bergerak secara sendiri demi mempertabatkan bakat-bakat muzik daripada Malaysia di mata dunia dan ini bukan pertama kali kami bersaing di peringkat antarabangsa, malah ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang kumpulan El Coro Ensemble mula berpijak di bumi nyata.

Disamping itu, kumpulan ini juga telah merangkul pingat Perak pada tahun 2017 di Dumai National Choir Festival (DNCF 2017) di Dumai – Riau, Indonesia dalam kategori yang sama. Bagi persiapan diri sebelum bertanding di Bali, El Coro Ensemble sekali lagi telah menyertai pertandingan koir peringkat antarabangsa yang berlangsung di MaTiC Kuala Lumpur iaitu “Kuala Lumpur International Choir Competition” (KLICC 2018) dan berjaya meraih pingat Perak, dalam kategori terbuka.

Pertandingan ini merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk terus mengikuti pertandingan koir yang akan datang samada di dalam mahupun luar negara. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan tersebut.

Kumpulan El Coro Ensemble Malaysia Menang Pingat Emas di Bali

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Issey Kini Jadi Penyampai Baru Suria FM

Siti Saleha Bakal Bintangi Siri Extreme Ends di Hong Kong