in , ,

Siti Nurhaliza Lancar Produk Kosmetik SimplySiti, Lantik Zahra Zura Jadi Duta

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hari ini telah meraikan rakan-rakan media sempena pelancaran produk kosmetik terbaharu Simplysiti yang berada di pasaran semenjak 9.9 yang lalu.


Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berasa gembira kerana dapat bersama rakan-rakan media setelah hampir dua tahun beliau hanya mampu berinteraksi dengan pihak media secara maya di sebabkan pendemik Covid-19, dan juga kelahiran cahaya mata kedua beliau, Muhammad Afwa Bin Khalid pada 19 April yang lalu.

Belau amat berbesar hat kerana dapat memperkenalkan produk terbaharu SimplySiti yang berkonsepkan SimplySiti for All – Reflection of Perfection, yang sesuai untuk semua kulit Wanita Asia, kepada rakan-rakan media.

Siti Nurhaliza Lancar Produk Kosmetik SimplySiti, Lantik Zahra Zura Jadi Duta

*Kosmetik terbaharu ini lahir ketika negara kita dan seluruh dunia dilanda bencana yang tidak terduga. Namun, saya amat berbangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan bekerja keras bagi memastikan produk ini berada di pasaran sebagaimana yang telah dirancang sejak awal lagi.

*Rangkaian kosmetik ini pasti dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warn yang disediakan sesuai untuk semua warn kulit dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.

‘Pada majlis ini, saya juga ingin memperkenalkan Duta baharu SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor. Setelah 11 tahun, SimplySiti berada di pasaran, buat julung kalinya, syarikat melantik Duta SimplySiti untuk bersama-sama saya bagi mempromosikan semua rangkaian kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk-produk SimplySiti pada masa akan datang sekaligus menarik minat dari kelompok golongan remaja’, kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Lancar Produk Kosmetik SimplySiti, Lantik Zahra Zura Jadi Duta

Selaku usahawan kosmetik tempatan yang terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak menafikanbahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid 19. Namun, beliau amat bersyukur walaupun dalam keadaan pandemik, peminat-peminat rangkaian kosmetik dan barangan penjagaan diri SimplySiti mash boleh membeli barangan keperluan mereka melalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti dan melalui ahli-ahli SimplySiti Elit.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi SimplySiti terutamannya Shopee, Watson, Astro Go Shop, Wow Shop, dan AEON Wellness yang turut bersama-sama mempromosikan produk-produk SimplySiti.

Majlis jamun makan tengahari yang diadakan dengan kerjasama pihak Menara Kuala Lumpur ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang rakan-rakan media dari pelbagai agensi, Ahli Simplysiti Elit dan rakan-rakan kolaborasi SimplySiti,

Rangkaian kosmetik terbaru SimplySiti in boleh didapati di Watson, Shopee, laman sesawang www.simplysiti.com.my dan ahli SimplySiti Elit yang berdaftar.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal seta mempunyai Sijil Halal Jakim. Barangan Simplysiti juga dihasilkan dengan penh ketelitian bagi memudahkan wanita islam untuk menunaikan solat.

Jenama SimplySiti sememangnya mencerminkan gaya hidup Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berkualiti, praktikal, kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan.

Pelajar Tahun Akhir & Berusia 20 Tahun, Zahra Zura Aziza Wajah Baharu SimplySiti

Datuk Sri Siti Nurhaliza amat teruja dengan pelancaran koleksi kosmetik terbaharunya kerana mahu memperkenalkan duta baharu SimplySiti yang akan bersama beliau mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti akan datang.

Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, gadis bertuah yang terpilih sebagai wajah baharu SimplySiti. Zahra menjadi top finalist pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada Jun lalu. Anak sulung dari 2 beradik ini merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berasal dari Kuala Lumpur, Zahra bercita-cita untuk menjadi penyampai berita serta meneruskan kerjaya dalam bidang insurans.

“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi Top 4 seterusnya memenangi pertandingan ini.

Tambahan pula, saya tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Datuk Sri Siti Nurhaliza. Saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,’

– Zahra Zura Aziza

SimplySiti hari ini melancarkan koleksi kosmetik terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.

“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’ saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi cita rasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan matte semulajadi,”

– Datuk Sri Siti Nurhaliza

Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran pada 9.9.2021 dengan menampilkan koleksi solekan terdiri daripada SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation, Powder Blush, rangkaian gincu dengan 3 kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eyebrow Pencil dalam rona hitam dan coklat serta Micellar Water. Dapatkan di Watson, Shopee, www.simplysiti.com.my atau SimplySiti Elite.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010 merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim. Ia menjadi pilihan wanita Islam di Asia.

Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.

Ucapan Siti Nurhaliza

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul Bersama-sama di Menara Kuala Lumpur pada hari yang berbahagia ini bagi menyaksikan Majlis Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaharu SimplySiti yang berkonsepkan SimplySiti For All – Reflection of Perception, yang sesuai untuk kulit semua Wanita Asia.

Saya berasa amat gembira kerana dapat bersama rakan-rakan media setelah hampir dua tahun saya hanya mampu berinteraksi dengan pihak media secara maya disebabkan pandemic Covid-19, dan seperti yang semua sedia maklum, saya juga bar melahirkan cahaya mata yang kedua, Muhammad Afwa Khalid pada 19 April yang lalu, dan agak sibuk.

Buat pengetahuan semua, rangkaian kosmetik terbaharu SimplySiti in lahir ketika negara kita dan seluruh dunia sedang dilanda bencana yang tidak terduga. Pihak SimplySiti telah membuat perancangan awal iaitu semenjak penghujung tahun 2020 lagi bagi melancarkan produk terbaharu ini. Pelbagai halangan yang perlu ditempuhi.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penutupan sementara kilang-kilang dan pekerja-pekerja terpaksa berkerja dari rumah, secara tidak langsung telah memperlahankan proses menghasilkan produk kosmetik terbaharu ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan in untuk memperkenalkan Duta SimplySiti iaitu Zahra Zura. Zahra terpilih kerana beliau memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh SimplySiti. Setelah 11 tahun, SimplySiti berada di pasaran, saya yakin kehadiran Zahra akan memperluaskan lagi pasaran SimplySiti ke peringkat umur remaja dan generasi muda.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya tidak nafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid-19. Tetapi saya amat bersyukur kerana, dalam keadaan pandemik ini penggemar rangkaian produk SimpliSiti mash bole mendapatkan barangan keperluan mereka melalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti dan melalui ahli-ahli SimplySiti Elit.

Jutaan terima kasih say ucapakan kepada rakan-rakan kolaborasi SimplySiti terutamanya Shopee, Watson, Astro Go Shop, Wow Shop, dan AEON Wellness yang banyak membantu mempromosi produk SimplySiti.

Terima kasih yang tidak terhingga ingin saya sampaikan kepada Puan Ainol Shaharina kerana pihak Menara Kuala Lumpur telah berbesar hati untuk menaja dewan yang indah ini bagi meraikan Majlis Pelancaran Produk terbaharu SimplySiti.

Dan kepada pihak media…tiada kata yang terindah yang dapat saya ucapkan kepada rakan-rakan media yang telah bersama-sama say di sepanjang pembabitan saya sama ada selama 11 tahun bersama SimplySiti dan 25 tahun di dalam industri seni.

Terima kasih… sesungguhnya anda dihargai.

Akhir kata, saya bersyukur kerana dikurniakan suami dan keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya saya sebagai usahawan dan anak seni.

Terima kasih but semua yang hadir memeriahkan majlis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Masih Mahu Berlakon Walaupun Sibuk Jadi Pengarah Kreatif

Tajul Berhati-Hati Terima Hadiah daripada Peminat