in

SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati

Setelah hampir 2 tahun di dalam pasaran, SimplySiti muncul dengan pelbagai aktiviti dan promosi istimewa buat pelanggan setianya. Baru-baru ini SimplySiti telah melancarkan Kempen SimplySiti Di Hati telah berlangsung pada 1 Disember hingga 15 Januari 2011 di mana mendapat kerjasama dari rakan niaga Watson’s untuk menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bagi meringankan lagi beban yang ditanggung.

Siti Nurhaliza begitu terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial yang memberi faedah kepada yang bernasib malang. Dan Budiey dikhabarkan, peraduan kempen ini sudah pun ada pemenang dan akan diraikan dalam satu majlis meriah Mariott, Putrajaya, IOI Resort City, 62502 Sepang Utara pada minggu ini.

Kempen ini adalah usaha murni SimplySiti mengumpul dana bagi membantu dua orang kanak-kanak dari Yayasan IJN untuk menjalankan pembedahan jantung. Kempen ini juga menonjolkan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri sebagai perunding kecantikan di kaunter SimplySiti yang terpilih.

Kempen Bersama Simplysiti, Derma & Menang! Telahpun berakhir dan dengan sukacitanya SimplySiti ingin mengumumkan kempen tersebut berjaya meraih jumlah yang disasarkan. Kempen yang turut bekerjasama dengan AirAsia X, Yayasan IJN, Watson’s Malaysia dan Hotel Marriott Resort & Spa akan turut menyampaikan hadiah seperti tiket percutian serta baucar penginapan kepada pemenang yang bertuah yang telah membeli sambil menderma.

Siti Nurhaliza Simplysiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Cromok Reunion In Kuala Lumpur

Bkay Nair Buat Program Realiti TV ala Americans Top Model