in

Siti Nurhaliza Block Sesiapa Yang Tulis Komen Negatif di Instagram

Semasa ditemubual petang tadi, penyanyi pujaan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengakui dia tak teragak-agak untuk block sesiapa sahaja yang menulis komen yang negatif di Instagramnya, samaada ada niat menghasut atau merosakkan pemikiran di ‘rumah’ beliau… block je kan senang.

Sebelum block tu, beliau akan menilai samada komen tersebut memberi aura negatif atau tidak. Hati pun tenang dan ini bukan bermaksud berlaku kejam ke atas penulis komen.

Korang selalu tak block orang kat IG? Budiey dah jarang block orang sekarang sebab takde masa nak baca komen. Lagi pun yang tulis komen pun banyak dari pengumpul duit syiling lama. Eh tiber.

Video penuh temubual di saluran Youtube Budiey.com : www.youtube.com/budiey27 Jangan lupa SUBSCRIBE!

“Saya okey saja kalau ada saranan ke arah kebaikan. Bagi saya, ia sesuatu yang bagus dan saya akan terima. Namun, kalau ada yang saja nak komen negatif, itu memang niat dia. Jadi, untuk komen sebegitu, lebih baik saya sekat. Saya tidak mahu ada aura negatif dalam IG saya. Kebiasaannya komen sebegini lebih kepada menghasut. Kalau sudah sekat, hati lebih tenang.”

“Apa juga dimuat naik, walaupun perkara baik tetap akan ada kritikan. Disebabkan itu, suami menasihati agar tidak kerap memuat naik gambar anak di IG kerana sedar pasti ada yang mengata.”

Siti berkata demikian sebagai mengulas komen negatif diterimanya menerusi video anaknya, Siti Aafiyah yang berada di spa bayi, baru-baru ini.

Rata-rata komen diterima menganggap tindakan penyanyi lagu Segala Perasaan itu tidak sesuai dan boleh membahayakan anaknya itu.

Pada masa sama, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti Gold Edition di sini, hari ini berkata, dia juga tidak menafikan mendapat komen negatif setiap kali memuat naik wajah anaknya, Siti Aafiyah.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik SELAMAT TINGGAL SAYANG Haqiem Rusli Trending di Youtube Malaysia

Netflix Umum Siar Filem Tentang Mark Millar