in , ,

Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti

Pertama sekali nak ucap tahniah buat Faizal Ismail yang berjaya mengendalikan Malam Gala SimplySiti dengan jayanya semalam.

Celotehnya macam biasa memang tak boleh blah, mesti ada yang nak ketawa. Momen paling best masa Faizal ni excited naik sheikh masa nak memperkenalkan para pemuzik dan beliau terus terang berhajat besar nak berduet dengan Dato’ Siti.

VIDEO Gelagat Hos Faizal Ismail di Malam Gala SimplySiti

Apa-apa pun, show semalam memang best. Budiey puas hati tengok. Tiada masalah teknikal yang besar berlaku walaupun ada beberapa kali mikrofon tak berfungsi. Itu perkara biasa dan tak dapat dielakkan dalam mana-mana majlis grand seperti ini.

Mungkin apa yang Budiey boleh highlight di sini, satu kelainan masa sesi cabutan bertuah di Malam Gala SimplySiti, di mana pemenang bertuah tidak dipilih melalui nombor yang dicabut tapi melalui beberapa cara.

Antaranya beberapa biji bola kecil dilemparkan kepada penonton, siapa yang dapat tangkap bola kecil tu, maka dia yang akan dapat hadiah.

Antara hadiah yang diberikan, set produk SimplySiti, tiket untuk menyaksikan perlawanan Arsenal dan yang paling suprise, Dato’ Siti dengan rela hati memberikan sebuah beg tangan berjenama Prada yang memang menjadi sentimental value kepada hadirin. Dan… pemenang bertuah yang dapat beg tangan berwarna coklat itu ialah Mizi dari Karangkraf. Tahniah Mizi.

VIDEO Dato’ Siti Nurhaliza Hadiah Beg Prada di Malam Gala SimplySiti

Tahniah Mizi, anda memang selalu bertuah. Yang penting, dapat beg tangan yang harganya dalam RM5,000 ke atas. Kalau tak silap Budiey la. Beg tangan tu dikatakan dibawa oleh Siti Nurhaliza di majlis-majlis keramaian dan masa dia shopping. Kalau Budiey dapat beg tu, Budiey simpan dalam frame, buat khazanah. Tapi kalau tak nak gak, buatlah offer dengan pembida kat internet. Mesti ramai yang berebut nak belikan.

SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA

Mungkin pemenang segan nak bawak beg tangan Siti Nurhaliza ni, so dia suruh Nana dari Karangkraf yang bawak. Memang sesuai lah, si Nana ni memang fanatik dgn Siti Nurhaliza. Semua lagu dia hafal.

IMG_4907

What do you think?

838 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition

Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza