in ,

Selamat Ulangtahun Penubuhan Sitizone Yang Ke 15 Tahun

Tahniah buat Sitizone yang telah menyambut ulangtahun ke-15 tahun melayari bahtera menongkah arus menyokong karier seni penyanyi nombor satu negara. Beruntungnya menjadi Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang punya peminat tegar nan setia. Semoga terus sukses.

SITIZONE telah menyambut ulangtahun penubuhan pada 24 Disember lalu. Gambar poster telah diviralkan oleh semua ahli Sitizone. Poster tersebut memaparkan Dato’ Siti Nurhaliza tengah feel mendengar lagunya disiarkan oleh pengurus penyanyi popular ini di sosial media.

Penyanyi itu difahamkan sekarang ini bercuti bersama keluarga di Dubai. Selamat bercuti hujung tahun ini ya, semoga balik nanti dapat bekerja keras untuk menjayakan konsert di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Siti Nurhaliza
Poster sempena pelancaran tiket Konsert Siti Nurhaliza on Tour

Setiap tahun pada tarikh 24 Disember, Sitizoners atau para peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk akan meraikan ulangtahun penubuhan rasmi kelab peminat SITIZONE. Tahun ini, genap 15 tahun Sitizone menjadi tunggak dan tulang belakang kejayaan Siti Nurhaliza.

Walaupun peminat Siti Nurhaliza telah wujud sejak tahun 1995 (selepas beliau memenangi Juara Bintang HMI) dan 1996 (mula menjadi artis rakaman) tetapi penubuhan rasmi kelab peminat di atas nama Sitizone bermula pada tahun 2003 dan kekal hingga ke hari ini.

Terima kasih Sitizoners di atas sokongan, kepercayaan, pengorbanan, doa dan kesetiaan  kalian selama ini. Kita tidakkan pernah tahu bahawa kita ini saling memerlukan, sehinggalah kita bertemu di atas nama persaudaraan dan kekeluargaan ini. Jadilah setabah dan sekuat Siti Nurhaliza, jagalah lisan, pekerti, letakkanlah diri kalian sebagai duta kecil membawa keharmonian, dihormati, disegani serta disenangi.

Terima kasih Sitizoners. Di mana lemah dan kurangnya Siti Nurhaliza dan kami, kalianlah yang mengisinya menjadi bintang di langit, pulau di laut dan CINTA di hati. #sitizone15.

Kepada sesiapa yang bertanya bagaimana mahu menjadi Sitizoners, filosofi kami senang saja, anda peminat Siti Nurhaliza, andalah Sitizoners. Tidak ada apa-apa syarat lain. Kami berkumpul di facebook Sitizone Official Page. Sitizoners itu harus genuine, itulah keluarga kami.

Rozi Sang Dewi

Semoga hubungan sesama artis dan peminat seperti ini dapat dijadikan contoh oleh peminat artis yang lain. Sukar nak tengok hubungan yang begitu utuh dan kuat seperti ini. Biasanya, kita dapat lihat kelab peminat yang ditubuhkan tak lama nak kekal kerana tiada persefahaman antara ahli kelab.

Semoga terus sukses Sitizone menyokong karier Dato Seri Siti Nurhaliza untuk tahun-tahun seterusnya. Selamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caltex Kicks-Off 2019 With Partnership With Dato’ Hans Isaac

Kutipan Pembukaan Filem MASTER Z: THE IPMAN LEGACY RM1.5 Juta