in , ,

Siti Nurhaliza Bawa Imaginasi Kanak-Kanak Rentas Masa Ke Tahun 2170

Rangkaian lagu kanak-kanak klasik berjudul Medley Klasik Siti 2 nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akan dapat ditonton di saluran Youtube Siti Nurhaliza, pada 9 Mei 2022, pukul 9 malam. Penghasilan video muzik Medley Klasik Siti 2 ini telah mengukuhkan lagi kerjasama beliau bersama Shopee.

Kerjasama kedua-dua pihak ini telah bermula sejak tahun 2018 apabila Siti menyertai Shopee Celebrity Squad Malaysia dan berkolaborasi menerusi konsert mini beliau bersama Shopee pada tahun 2019. Siti juga telah dilantik sebagai duta tempatan platform Shopee semasa kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee pada tahun ini.

Medley Klasik Siti 2 terdiri daripada rangkaian lagu Air Pasang Dalam, Lagu Tiga Kupang, Anak Odeng dan Kalau Rasa Gembira. Lagu-lagu ini menjadi hafalan kanak-kanak generasi dahulu dan masih diperkenalkan sehingga kini.

Video muzik animasi arahan M. Husien ini menampilkan maskot Shopee, orang utan, yang bernama Sean & Sophie. Jalan ceritanya pula mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.

Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi. Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas.

Siti Nurhaliza Bawa Imaginasi Kanak-Kanak Rentas Masa Ke Tahun 2170

“Video muzik dalam bentuk animasi suka ditonton oleh kanak-kanak dan ini merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generasi kini,” ujar Siti.

”Saya menghasilkan album kanak-kanak ini sebagai khazanah muzik untuk generasi kini dan akan datang dapat menghargai karya terdahulu. Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu,” tambah Siti lagi.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza berterima kasih di atas kerjasama dari pihak Shopee untuk menghasilkan dan menjayakan video muzik ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Anak Muda Tubuh Grup Hip Hop, ISOBAHTOS Pertaruh Arjiibii (RGB)

Baby Shima Lancar Single Raya Berjudul PULANG Meriahkan Raya Tahun 2022