in

Siti Nurhaliza Bakal Mengundi di Cheras

[dropcap]S[/dropcap]elepas penamaan calon, pastinya kini ramai yang sibuk berkempen sana-sini. Ternyata, artis dan selebriti juga tidak ketinggalan untuk menyeru semua peminatnya mengundi parti pilihan masing-masing. Maklumlah, selebriti ni boleh dikira sebagai milik masyarakat dan ramai pula pengikut dan peminatnya sana-sini. Pengaruh artis sangat besar sehinggakan parti yang bertanding menggunakan artis untuk berkempen dan tidak kurang ada artis yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

siti-nurhaliza

[pullquote align=”right”]Dato’ Siti Nurhaliza bakal mengundi di Cheras, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.[/pullquote]

Termasuklah penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza yang mengharapkan agar kerajaan yang bakal diputuskan selepas pilihan raya umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi, adalah kerajaan yang terbaik.

Lebih-lebih lagi meletakkan dirinya sebagai artis, Siti berkata dia mengharapkan semua insan seni tanah air termasuk dirinya sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka juga seharusnya diambil kira oleh pihak kepimpinan tertinggi.

“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan.

“Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing.”

Dalam pada itu juga, Siti memberitahu beliau akan mengundi di Cheras, Kuala Lumpur.

Kepada anda jangan lupa keluar mengundi pada 5 Mei ini ya. Undilah dengan BIJAK!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Tidak Sokong Herman Tino Bertanding PRU13

Raja Ilya Nafi Bakal Kahwin Tahun Ini