in ,

Raja Ilya Nafi Bakal Kahwin Tahun Ini

[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini pelakon Raja Ilya mengakui kecewa teruk selepas putus tunang dan dia hampir membunuh diri akibat tertekan. Namun baru-baru ini, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu dikhabarkan bakal berkahwin pada penghujung tahun ini.

Apabila ditanya, Raja Ilya telah menepis dakwaan mengatakan dia bakal bernikah. Sebaliknya menjelaskan yang dirinya masih solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta denga mana-mana lelaki sejak putus tunang dua tahun lalu.

“Mana ada saya akan berkahwin. Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih sejak putus tunang dua tahun lalu. Tipu jika saya kata tiada yang cuba mendekati saya, tetapi pintu hati saya masih belum terbuka. Saya lebih senang hidup bersendirian buat masa ini.”

Mengakui pengalaman lalu membuatkannya serik dan fobia menerima cinta daripada lelaki, ujar Raja Ilya, fokus utamanya kini adalah aktif dalam karier lakonan.

Raja Ilya juga menolak kenyataan mengatakan dia anti lelaki. Jelasnya, pengalaman lalu hanya membuatkannya bimbang masalah yang sama akan berulang.

Pun begitu katanya Raja Ilya, jika ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya, dia tidak dapat menolak takdir tersebut.

“Mungkin saya tidak sesuai berada dalam perhubungan. Jadi buat masa sekarang, pendirian saya adalah masih ingin terus kekal solo. Tetapi jika ditakdirkan bertemu dengan seseorang saya terima.”

Selepas drama Dahlia, Raja Ilya bakal muncul menerusi drama bersiri Epilog Cinta Khirana tidak lama lagi.

Gambar Raja Ilya semasa hadir di Anugerah Bintang Popular 2012 yang lalu.

Raja Ilya

Raja Ilya

Raja Ilya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Bakal Mengundi di Cheras

Azean Irdawaty Menjalani Pembedahan Buang Tumor Selaput Otak