in , ,

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine

Melalui kempen Dine And Donate yang dianjurkan sejak 6 sehingga 20 November lalu Restoran Me’nate Steak Hub hari ini mengumumkan dana sebanyak RM300,000 akan disumbangkan kepada penduduk Palestin.

Bersyukur dengan sambutan yang diterima, ternyata dana ini dilihat sebagai permulaan yang baik buat rangkaian restoren ini untuk menganjurkan lebih banyak kempen-kempen seperti ini. 

Menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, mewakili seluruh warga Me’nate Steak Hub pihaknya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan mereka yang turut serta dalam kempen ini. 

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine
Pengarah Urusan Palace Butcher Resource Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali (kiri) menyerahkan sumbangan bantuan Palestine melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima diwakili Media Prima Omnia, Sharifah Omar (kanan) di Menate Training and Development Centre, Kuala Lumpur.

Menjelaskan dana ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu pelanggan setia Me’nate Steak Hub, tambahnya kejayaan ini juga memberi sebab untuk pihaknya terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. 

“Bila ada yang mempersoalkan tempoh yang singkat untuk kempen ini mengumpul dana sebanyak RM300,000, pada waktu itu kami yakin ia mampu dijalankan. Bagi saya pelanggan Me’nate Steak Hub cukup cakna dengan apa yang berlaku di Palestin kini. Sama seperti kami, saya yakin ini juga peluang mereka untuk sama-sama membantu saudara kita di sana. 

“Merupakan kali pertama kempen seumpana ini diadakan di Me’nate Steak Hub, saya fikir dengan sambutan yang diberikan ini memberi kami lebih sebab untuk mengadakan kempen-kempen kemanusian seperti ini lebih kerap pada masa hadapan,”jelasnya. 

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine

Melihat kerjasama yang dijalankan dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima sebagai satu langkah tepat, jelas Syed Ashraf lagi selain memberi fokus dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman Israel, kempen ini juga dilihat sebagai cara menyampaikan tanda solidariti pihaknya terhadap perjuangan penduduk Palestin.

“Kerjasama yang dijalinkan kami bersama SEJAGAT dan Media Prima dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam menyampaikan dana ini dengan selamat dan tepat. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas persetujuan untuk menyampaikan bantuan ini mewakili pihak Me’nate Steak Hub. 

“Dengan apa yang dilalui penduduk Palestin hari ini pastinya kami mahu melihat sumbangan ini kelak mampu memberi mangsa-mangsa ini bantuan yang diperlukan terutamanya makanan dan bantuan perubatan yang semakin kritikal di sana,”jelasnya. 

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine

Sementara itu sebagai antara jenama yang cukup kukuh dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman, Syed Ashraf memberitahu Me’nate Steak Hub juga akan kekal sensitif dengan isu-isu seumpama ini dalam memastikan rangkaian perniagaan dibawah kendaliannya ini lebih dekat dengan masyarakat. 

Me’nate Steak Hub Sumbang RM300K Kempen Dine & Donate For Palestine

“Dalam bidang ini kepuasan pelanggan memang menjadi keutamaan kami, bagaimanpun melalui isu-isu seperti ini kami juga ingin mengambil peluang dalam mendidik masyarakat di luar sana akan kepentingan kempen kemanusiaan seperti ini. 

“Bagi Me’nate Steak Hub kami tidak hanya tertumpu dalam pasaran dalam negara, mengorak langkah sebagai antara jenama Malaysia yang sudah mendapat tempat di pasaran antarabangsa, usaha-usaha seperti ini juga memberi peluang untuk kami mendapat pengiktirafan dari masyarakat di luar sana,”akhirinya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SITI NORDIANA

Siti Nordiana Tampil Dengan Baju Berlampu Persis Aina Abdul di Semi Final ASGV

tony fernandes airasia-2020

Rekaan Pesawat Khas AirAsia Tribute Buat Datuk Irene Benggon Charuruks