in , ,

Siti Nordiana Nafi Lagu KESALAHAN TERINDAH Ada Kaitan dengan Kisah Peribadi

PENYANYI dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 36, menafikan lagu baru ciptaannya berjudul Kesalahan Terindah ada kaitan dengan kisah peribadi sendiri.

Nana berkata ilham lagu itu dihasilkan secara rawak dan tidak ada kena-mengena langsung dengan kisah peribadinya. Ujarnya, dia banyak dapat idea untuk lirik lagu daripada drama ditonton.

“Apapun, lagu Kesalahan Terindah ini  sebenarnya saya hasilkan kerana pernintaan peminat. Saya pun tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu Kesalahan Terindah  ini popular.

“Cukup sekadar peminat suka, saya sangat bersyukur. Apatah lagi, saya lancarkan lagu Kesalahan Terindah di YouTube pun  kerana memenuhi permntaan peminat sahaja,”

– Siti Nordiana

Sebelum ini, menerusi dua lagu ciptaannya iaitu Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu dikatakan ada kaitan dengan kisah peribadi lalunya yang begitu mendapat perhatian ramai.

Sejak dua minggu dimuat naik di YouTube, lagu Kesalahan Terindah sudah mencatat lebih 250,000 tontonan dengan lebih 3,000 komen dikongskan pelayar yang rata-rata meminati karya terbaru Nana itu.

Mengulas juga kerjaya lakonan pula, Nana berkata dia masih mendapat tawaran untuk watak utama. Ujarnya, pada usia kini dia terima watak ‘heroin drama’ untuk kerekter sesuai.

“Saya sedar umur makin  meningkat dan watak utama diterima pun, biasanya akan diteliti lebih dahulu. Saya akan pastikan, karekter itu betul-betul sesuai.

“Apapun, saya akan pastikan tidak melakonkan babak sentuhan dan terlalu rapat dengan rakan pelakon lelaki yang bekerjasama. Ada batas perlu dijaga,” katanya.

– Siti Nordiana

Mengulas juga mengenai arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk penggambaran drama, Nana berkata dia tiada masalah untuk mengikut arahan daripada kerajaan itu.

Ujarnya, dia terima dengan positif berikutan faktor keselamatan dan kesihatan perlu dijaga kerana negara masih lagi belum bebas daripada cengkaman wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rockaway Festival 2020 Dibatalkan Gara-Gara Pandemik Covid-19

Dah Minta Tak Payah Post Gambar, Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk