in ,

Rockaway Festival 2020 Dibatalkan Gara-Gara Pandemik Covid-19

ROCKAWAY Entertaiment akhirnya mengumumkan pembatalan Rockaway Festival 2020 selepas mengambil kira masalah kesihatan dan keselamatan yang timbul akibat wabak Covid-19 ketika ini di seluruh dunia.

Disebabkan wabak pandemik ini, penganjur tidak dapat menjamin kesihatan dan keselamatan pengunjung dan membuat keputusan sukar untuk membatalkan acara berkenaan. Pengarah Urusan InTour Live, Bonor Seen berkata pihaknya sedar bahawa keputusan itu pasti membawa kekecewaan kepada peminat yang tidak sabar untuk keluar menyaksikan kemeriahannya. 

Rockaway Festival 2020 Dibatalkan Gara-Gara Pandemik Covid-19

“Rockaway Festival adalah bahagian penting dari industri acara langsung tempatan dan dengan sokongan berterusan daripada peminat dan rakan kongsi, kami tekad berusaha untuk mengembalikan festival ini lagi.

“Festival ‘rock homegrown’ terbesar ini sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac lalu di Stadium Bukit Jalil dengan empat panggung dan barisan persembahan penuh yang terdiri daripada artis-artis tempatan, serantau dan antarabangsa. 

“Ia membabitkan persembahan secara langsung penyanyi seperti Cross Faith, Lacuna Coil, Atreyu, M Nasir, XPDC, Project E.A.R, Hujan dan banyak lagi yang sudah pasti akan membuat persembahan,”

– Bonor Seen

Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer berkata festival ini juga mempunyai perancangan untuk mengadakan zon karnival percuma merangkumi makanan, minuman dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.

“Kami selalu merancang Rockaway Festival dengan komuniti pengunjung yang hadir sebagai teras dan platform tempatan untuk mengembangkan bakat dan kami pernah mengatakannya.

“Malah,  muzik juga sentiasa ada ketika masa-masa sukar.

Ia menyatukan banyak orang tak kira bangsa, agama atau latar belakang. Justeru, kami harap semua peminat Rockaway akan terus menyokong artis lokal.

Bahkan, kami juga berharap pada waktu yang sesuai, industri ini akan kembali maju,”

– Bonor Seen

Sehubungan itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan bayaran balik sepenuhnya boleh berbuat demikian dengan melayari bit.ly/rockawayrefunds dari 29 Jun hingga 15 Julai ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest.

Sebagai alternatif, peminat juga boleh mengikuti Rockaway Fest di Instagram.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peminat Tegar P. Ramlee, Pengerusi FINAS Julang Khazanah Seni Kreatif

Siti Nordiana Nafi Lagu KESALAHAN TERINDAH Ada Kaitan dengan Kisah Peribadi