in ,

Siti Nordiana Bakal Meriahkan Program Rio To Malaysia di Hulu Selangor

Temui Siti Nordiana, Jalil Hamid, Munir dan Azrul Dalam Program Rio To Malaysia di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor. Persinggahan berikutnya program jerayawara Rio To Malaysia tiba di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor pada 11 Mei, Ahad ini. Orang ramai dijemput seawal pukul 8.00 pagi menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha menyemarakkan sambutan Piala Dunia 2014.

Bakal menampilkan kemunculan artis Siti Nordiana, Jalil Hamid, Munir dan Azrul Zaidi selain personaliti RTM iaitu Fadzly Fuad, pengacara Selamat Pagi 1Malaysia, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai acara yang dijadualkan berlangsung sepanjang hari dengan kerjasama pihak FELDA ini.

[pullquote] Antara aktiviti menarik turut dijalankan sempena ‘Rio To Malaysia’ seperti Pertandingan Mewarna, Kuiz Rio To Malaysia, Teka Bola, Fault Ball, Futsal Tradisional, Bola Beracun, Timbang Bola, Pening – Pening Bola, Jaringan Emas, Kaki Bajang serta pelbagai lagi permainan dan telematch yang menghiburkan. Selain itu para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.[/pullquote]

Sambutan hebat diterima daripada dua lokasi sebelum ini, Jasin Melaka dan Felda Kerteh, Terengganu dilihat berjaya mencapai matlamatnya dalam mempromosikan RTM sebagai penyiar berlesen siaran perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014, yang akan berlangsung di Brazil bermula 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu yang paling berprestij dan diminati ramai di seluruh dunia ini menyaksikan RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak Piala Dunia 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006 dan 2010.

RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD). Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun.

Siri jelajah Rio To Malaysia ditaja oleh penaja ADABI Consumer Industries Sdn Bhd, AVON Cosmetic (M) Sdn Bhd, Figos Sdn Bhd, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd, Hyrax Oil, Skop Production Sdn Bhd, Glaxo Smith Kline Consumer Helathcare Sdn Bhd dan Bright Network Sdn Bhd.

Lokasi seterusnya Rio To Malaysia akan berlangsung di Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang pada 24 dan 25 Mei depan.

POSTER RIO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk ZIP Terbaru

Ujibakat Pencarian Pendakwah Milenia Musim Ke-2