in

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

Koleksi Terhad Telekung Tatahan Swarovski

Telekung CSLE – Crystal Swarovski Limited Edition, RM399 sepasang.

Kerlipan feminin dari tatahan kristal jadi penambah seri pada koleksi terbaru telekung premium nombor satu, Siti Khadijah. Koleksi edisi terhad Telekung CLSE – Crystal Swarovski Limited Edition terilham dengan kolaborasi sulung bersama jenama antarabangsa Swarovski.

Bak kala malam purnama, dua rona gelap pilihan; teal green dan burgundy dirias rapi dengan tatahan kristal Swarovski berbentuk bunga di bahagian hadapan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol. Kerana, si pemakai tahu, keindahannya peribadi, tanpa mengganggu konsentrasi jemaah lain di saf belakang. Fabrik cotton-feel spun polyester tidak hanya nyaman dipakai, ia juga tidak jarang, tidak tebal dan tidak “terbang” ketika sujud; antara isu biasa yang dialami ketika muslimah mengerjakan solat.

Demi menjamin keselesaan maksima, telekung edisi terhad ini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian wajah iaitu S (58cm), M (60cm) dan L (62cm). Manakala ukuran telekung; labuh hadapan (117cm), labuh belakang (122cm), labuh lining (65cm) dan ukuran kain; labuh (135cm), lebar (80cm).

Datang dengan kotak eksklusif, Telekung CLSE – Crystal Swarovski Limited Edition ini amat sesuai dijadikan cenderahati buat VIP, didedikasi sebagai penghargaan buat diri sendiri mahupun ibu, kakak, adik dan yang tersayang, tidak mengira hari.

Telekung CLSE – Crystal Swarovski Limited Edition dijual pada harga RM399 sepasang dan kini mula didapati di butik Siti Khadijah terpilih dan secara online di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun 2018.

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

Siti Khadijah Lancar Telekung & Baju Kurung Bertatahkan Swarovski

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Khadijah Dedah Isu Telekung Vietnam Tiruan

Cecah 5 Juta Tontonan, Filem Pendek Raya Siti Khadijah Undang Air Mata