in , ,

Ini Siri Samsung Galaxy A Dengan Ciri Flagship & Mampu Milik

Kepada mereka yang mengikuti perkembangan teknologi telefon pintar pasti mengetahui bahawa siri Samsung Galaxy A merupakan siri yang paling laris dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan, Samsung tahun ini telah mengemas kini barisan dalam siri Galaxy A dengan tiga model berbeza iaitu Galaxy A 73 5G, A53 5G dan A33 5G.

Istimewanya untuk model tahun 2022, ia hadir dengan beberapa ciri yang terdapat pada telefon andalan seperti yang tersedia di dalam Samsung Galaxy S22. Sebagai contoh, bagi pengguna yang sudah memiliki siri Samsung Galaxy A akan berpeluang menggunakan ciri Single Take. Ciri Single Take ini berfungsi seperti kamera pemasa dengan kiraan 10 saat.

Siri Samsung Galaxy A Dengan Ciri Flagship &Amp; Mampu Milik

Namun, berbeza dengan pemasa standard, dalam kiraan 10 saat tersebut anda bebas untuk melakukan pelbagai gaya. Unit pemproses imej akan menghasilkan pelbagai hasil tangkapan secara automatik termasuk video, boomerang dan filter untuk anda pilih gambar atau video manakah yang terbaik. Selain itu, terdapat juga ciri Link to Windows di mana anda boleh menyegerakkan antara peranti Galaxy A anda bersama ekosistem Windows.

Dengan cara ini, anda boleh mengawal telefon pintar melalui komputer sama ada ingin memeriksa pemberitahuan, memindahkan fail, membalas mesej atau menjawab panggilan termasuk penggabungan kalendar.

Seterusnya, bagi pengguna yang memiliki tablet dan telefon pintar Samsung Galaxy, anda boleh menggabungkan aktiviti secara serentak dengan ciri App Continuity.

Anda boleh menyambung aktiviti aplikasi dalam peranti Galaxy yang terdekat dengan anda sama ada menggunakan tablet atau telefon pintar. Ia akan menyimpan dan menyegerakkan aktiviti antara kedua-dua peranti.

Siri Samsung Galaxy A juga mempunyai ciri Buds Auto Switching. Contoh ciri ini berfungsi adalah seperti jika anda menikmati muzik pada Galaxy tab dan panggilan masuk pada telefon pintar, fon telinga wayarles Galaxy Buds anda akan menggunakan ciri penukaran automatik untuk beralih ke telefon supaya anda boleh menerima panggilan tersebut.

Siri Samsung Galaxy A Dengan Ciri Flagship &Amp; Mampu Milik

Tambahan, terdapat juga ciri Bixby Routine dalam peranti Galaxy A yang menggunakan kecerdasan AI untuk mempelajari corak penggunaan dan pilihan anda. Ciri ini boleh melaraskan tetapan secara automatik, mengawal aplikasi, mengoptimumkan bateri dan banyak lagi.

Anda juga boleh menyediakan rutin sendiri secara manual berdasarkan tempat anda berada dan perkara yang anda lakukan. Contohnya, rutin sebelum tidur di mana anda boleh tetapkan pada masa tertentu untuk mod senyap diaktifkan, mod malam dihidupkan dan pintasan skrin kunci anda berubah.

Jika anda tidak sabar untuk memiliki salah sebuah telefon daripada siri Galaxy A, Galaxy A53 5G kini tersedia untuk pembelian dan dilengkapi dengan sarung pelindung berdiri percuma bernilai RM99 dari 1 April hingga 31 Mei 2022. Untuk jaminan keselamatan, dapatkan diskaun 20% untuk Samsung Care+ bagi pelan kemalangan sama ada kerosakan atau kemasukan cecair dalam peranti sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu.

Nikmati penjimatan hebat dengan promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) apabila anda menukar ganti peranti anda dan layak untuk menerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 19

Pengalaman Program Hos Komuniti Selangor Bakal Memenuhi Dua Hari Anda!

Celcom | 20

Celcom Sebar Kemeriahan Ramadan Bersama Dengan PDRM