in , ,

Pengalaman Program Hos Komuniti Selangor Bakal Memenuhi Dua Hari Anda!

Jelajahi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk Pengalaman Hos Komuniti yang Luar Biasa!

Adalah merupakan sebuah keputusan yang tepat sekiranya anda merancang untuk Pusing Selangor Dulu! Selain daripada destinasi yang pelancongan yang sering kita kunjungi seperti pantai, hutan rimba, taman tema dan sebagainya, ada lagi yang lebih menarik di Negeri Selangor untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan seisi keluarga. Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam bakal memenuhi dua hari percutian anda di Negeri Selangor! 

Hari Pertama di Pasir Penambang, Kuala Selangor

5:00 PM – Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai

5:30 PM – Aktiviti Memerhati Burung Helang

6:00 PM – Pengalaman Menangkap Kerang

6:30 PM – Pengalaman Memancing Menggunakan Jaring

Hari Kedua di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

11:00 AM – Pelajari Kaedah Mengekstrak Kelapa

12:00 PM – Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde

3:00 PM – Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh 

5:30 PM – Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng

  • Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai

Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor anda akan bermula di Pasir Penambang. Anda akan menikmati pengalaman menaiki bot nelayan kayu tradisional. Di samping itu, anda boleh menerokai hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai ini. Pasir Penambang  menampilkan persekitaran ekologi yang amat menakjubkan!

  • Aktiviti Memerhati Burung Helang

Aktiviti memerhati burung helang merupakan satu aktiviti yang dianggap sangat memuaskan sekaligus perasaan yang penuh kegembiraan. Cuba aktiviti memerhati burung yang kini telah menjadi daya tarikan untuk program hos komuniti di Pasir Penambang ini. 

Pua - Kuala Selangor 2
  • Pengalaman Menangkap Kerang

Di sepanjang perjalanan, anda akan dibawa untuk berhenti seketika bagi menikmati pengalaman menangkap kerang dan ikan. Para nelayan di sini akan memberikan demonstrasi cara menangkap hasil laut dengan menggunakan peralatan memancing tradisional.

Amira - Sabak Bernam
  • Pengalaman Menangkap Ikan Menggunakan Jaring!

Bukan itu sahaja, program Hos Komuniti di Pasir Penambang juga akan memberikan anda pengalaman menangkap hasil hidupan laut khususnya kerang dengan menggunakan jaring. Pastinya aktiviti seperti ini mengujakan dan memuaskan anda!

Amira - Sabak Bernam 2
  • Alami Keunikan Menekstrak Kelapa

Tidak jauh dari Daerah Kuala Selangor, habiskan hari kedua anda dengan mengikuti Program Hos Komuniti di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam! Luaskan pengembaraan anda dan jangan lepaskan peluang untuk ketahui pelbagai jenis kelapa mengikut bentuk dan warna yang ada. Selain itu, anda akan diajar untuk mengekstrak kelapa dengan menggunakan kaedah tradisional.

Amira - Sabak Bernam 3
  • Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde

Dari kelapa yang telah di ekstrak, ia boleh digunakan untuk  memasak pelbagai menu makanan antaranya ialah Kuih Onde-Onde. Siapa yang tidak kenal akan kuih tersebut? Rasanya cukup sedap dengan berintikan gula melaka serta diselaputi kelapa  diluarnya. Program ini akan memberikan anda peluang untuk mencuba sendiri resepi kuih onde-onde iaitu kuih tradisional yang sangat terkenal di Malaysia.

  • Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh

Jika pada hari pertama anda telah mempelajari cara menangkap hidupan laut menggunakan jaring tradisional, pada hari kedua pula anda akan mencuba sendiri pengalaman menangkap ikan dengan menggunakan buluh pula. Ikan yang sering didapati disini adalah ikan puyu dan banyak lagi!

Amira - Wadai Kepeng 4
  • Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng

Salah satu cara untuk menamatkan program Hos Komuniti di Daerah Sabak Bernam adalah dengan bersantai dikelilingi suasana kampung sambil menikmati kuih tradisional masyarakat Banjar iaitu Wadai Kepeng!

Pengalaman Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam akan memberikan anda sebuah pengalaman yang luar biasa jauh dari rutin harian anda di kota. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami sendiri pengalaman melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Ternyata terdapat permata yang tersorok daripada pandangan para pelancong di sini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai program yang telah disenaraikan di atas, anda boleh membuat tempahan melalui talian 017-258 5552 – Encik Pua Chun Seong (Kuala Selangor) dan 011-3083 1273 – Cik Amira Rasyidah binti Jamil (Sabak Bernam).

Walaubagaimanapun, sambil melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

It is a perfect decision if you are planning to Pusing Selangor Dulu! Apart from frequently-visited tourist attractions such as beaches, nature parks, theme parks and many others, there are a lot more interesting destinations in the State of Selangor for you to explore with your friends and family. The Community Host Programme in Kuala Selangor and Sabak Bernam Districts will fill your 2-day holiday in the State of Selangor with amazing activities to experience living like a loca!

First Day at Pasir Penambang, Kuala Selangor

5:00 PM – Explore Stunning Mangrove Forest Along the River Bank

5:30 PM – Eagle-watching

6:00 PM – Clamp Catching Experience

6:30 PM – Net Fishing Experience

Second Day at Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

11:00 AM – Learn about the Method of Coconut Extraction

12:00 PM – Learn How to cook Kuih Onde-Onde

3:00 PM – Learn How to Catch Fish Using Bamboo

5:30 PM – Tea-time While Enjoying Wadai Kepeng

2-Day Experiential Tourism Experience In Sabak Bernam And Kuala Selangor! 

  • Explore Stunning Mangrove Forest Along the River Bank

Your journey in Selangor’s Community Host Program will start at Pasir Penambang, Kuala Selangor. You will first enjoy the experience of getting on a traditional wooden fishing boat. In addition, you can explore the stunning mangrove swamp forest along the river banks. Pasir Penambang boasts a stunning ecosystem setting for you to appreciate!

  • Eagle-watching 

Eagle watching is an activity that is seen as both a rewarding and pleasurable experience. Try eagle-watching at Pasir Penambang which has now become an attraction in this area and a highly-demanded community host activity.

  • Clamp Catching Experience

Along the way, you will be taken on the experience of fishing and catching clamps. The local fishermen here will demonstrate on how to fish using unique traditional tools.

  • Net Fishing Experience

Not only that, the Community Host at Pasir Penambang will also teach you on how to catch fresh seafood, especially clamps by using nets. This activity will definitely give you excitement and satisfaction!

  • Learn about the Method of Coconut Extraction

Not far from Kuala Selangor District, spend the following day by joining the Community Host Programme at Sungai Air Tawar, Sabak Bernam! Extend your adventure and do not miss the opportunity to learn about different types of coconuts according to their shapes and colours. In addition, you will be taught to extract coconut using a less-known traditional method.

  • Learn How to Cook Kuih Onde-onde

The coconut extract is used as an ingredient in various menu such as the Onde-onde Kuih. Who doesn’t know the dessert? It is extremely delicious with its gula melaka filling and coconut coating. This programme to try the Onde-onde Kuih recipe, a traditional dessert that is very popular in Malaysia.

  • Learn How to Catch Fish Using Bamboo

You have learned on how to catch marine life using traditional nets on the first day, and on the second day, you will then experience fishing by using the bamboo. The fishes that are often found here include the puyu fish and many more!

  • Tea-time While Enjoying Wadai Kepeng

One of the ways to end the Community Host program me in Sabak Bernam District is by relaxing amidst the serene village atmosphere while enjoying the traditional dessert of the Banjar people; Wadai Kepeng!

The Community Host Programme in Kuala Selangor and Sabak Bernam Districts offers an incredible experience away from your daily routine. As the saying goes, if you have never tried,  you will never know. So, don’t miss out on the chance to experience for yourself the amazing activities with Community Hosts in Kuala Selangor and Sabak Bernam Districts. Apparently, there are hidden gems here waiting to be uncovered! If you are interested in joining the programmes listed above, you can make reservations by contacting 017-258 5552 Mr. Pua Chun Seong (Kuala Selangor) and 011-3083 1273 Ms. Amira Rasyidah binti Jamil (Sabak Bernam).

However, while enjoying the Community Host activities, you are reminded to always adhere to the standard operating procedures (SOPs) set by the National Security Council in accordance to Phase 4 of the National Recovery Plan, such as ensuring social distancing, wearing face mask at all times in public, and applying hand sanitizer regularly, for the well-being of many.

You may log on to Tourism Selangor’s official website, www.selangor.travel for inspiration on your travel to Selangor, or follow Tourism Selangor’s official social media accounts; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, and Tourism Selangor’s YouTube channel to stay inspired! #PusingSelangorDulu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firdaus Rahmat | 21

Firdaus Rahmat Lancar Fly With Me, OST Drama Do You Love Me Captain

Samsung | 22

Ini Siri Samsung Galaxy A Dengan Ciri Flagship & Mampu Milik