in , ,

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ Kembali Untuk Musim ke-2 Pada 10 Januari Ini

Episod baharu ‘Kau vs Aku 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka dan Astro Ria (Saluran 104).

Para penonton Astro serta peminat tegar web novel Wattpad kini boleh menantikan ‘Kau vs Aku 2’, siri romantik komedi popular yang kembali dengan penceritaan baharu yang lebih menarik, ditayangkan secara serentak di platform penstriman sooka dan di slot Dramavaganza menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) buat pertama kalinya, mulai 10 Januari 2024, setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam.

Penerbitan siri adaptasi ini telah berjaya menjadi siri hiburan No.1 di sooka dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Dengan kejayaannya dalam menambat hati ramai penonton serta peminat-peminat dengan gandingan pasangan watak utamanya yang dibintangi oleh Shasha Abedul dan Dini Schatzmann, siri coming-of-age ini kembali dengan plot baharu untuk menyambung kisah cinta pertama mereka berdua. 

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ Kembali Untuk Musim ke-2 pada 10 Januari Ini

Menerusi 8 episod,’Kau vs Aku 2′ menyambung kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish. Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar (Ellyza Azizi). Apakah yang bakal terjadi pada mereka?

Menurut Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah, “Siri ini telah mendapat sokongan dan kasih sayang yang banyak sejak penerbitan musim pertamanya. Maklum balas positif yang kami terima tanpa henti ini menjadikan siri ini antara siri yang popular serta tercalon dalam Anugerah Telenovela 2023. Sebagai tanda terima kasih kami kepada setiap penonton dan peminat, kami teruja untuk kembali dengan musim kedua, membawa banyak kelainan plot dan jalan cerita yang menyeronokkan. Kami berharap dengan kembalinya musim terbaharu ini, siri ini sekali lagi dapat menambat hati ramai penonton serta mengubati rindu mereka yang menunggu penyambungannya”.

Musim kedua ini masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil sebagai Ashraf, Mia Sara Shauki sebagai Nina dan Arena Wan sebagai Syafikah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Menang Saman Fitnah, Maafkan John Dihani Atas Dasar Ehsan

realme 12 Pro Series Ada Telefoto Periskop Utama & Rekaan Jam Tangan Mewah