in , ,

Shuib Menang Saman Fitnah, Maafkan John Dihani Atas Dasar Ehsan

Selepas lima bulan, pelawak dan usahawan, Shuib dapat menarik nafas lega apabila kes fitnah melibatkan dirinya serta Allahyarham Siti Sarah sudah pun selesai dan akhirnya bertentang mata dengan John Dihani.

Shuib berkata dia mengambil pendekatan memaafkan John Dihani atas dasar ehsan.

Alhamdulillah selesai sudah kes fitnah terhadap saya dan arwah Siti Sarah. Hampir lima bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.

“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ehsan dan profesional saya maafkan. Saya juga turut halalkan segala fitnah terhadap saya,” katanya.

Dalam pertemuan di Kompleks Mahkamah Shah Alam pagi tadi, John atau nama sebenarnya Mohd Zaini turut membaca kenyataan maaf dan fitnah sebaik saja selesai mencapai kata sepakat sebelum bersalaman dengan Shuib sebagai tanda berdamai.

Sementara itu, Shuib berkata John perlu menanggung akibat dengan membayar sejumlah saman kepadanya namun tidak memperincikan jumlah bayaran berkenaan.

Menurut Shuib, duit saman tersebut akan diserahkan sepenuhnya ke tabung Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa.

Dalam pada itu, Shuib turut mengingatkan kepada individu tersebut agar tidak mengulangi kesilapan sama serta dapat dijadikan pengajaran buat pengguna media sosial lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fathia Latiff Mohon Guna Polis Trafik & Pengawal Escort Ke KLIA

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ Kembali Untuk Musim ke-2 Pada 10 Januari Ini