in , ,

Siri Penyiasatan Inggeris, HUDSON & REX Temui Penonton di TV2

Siri penyiasatan Inggeris, “Hudson & Rex” yang menonjolkan gandingan watak utama seorang lelaki Kanada dan rakan anjing terlatih dalam misi membanteras jenayah dan membuktikan keadilan itu wujud sememangnya tidak asing lagi kepada penggemar siri penyiasatan.

Apatahlagi drama yang melibatkan jalur prosedur kerja pihak polis, detektif swasta, ejen rahsia, dan sistem keadilan juga penguatkuasaan undang-undang realitinya mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Sama ada terbitan dalam dan luar negara, keterujaan penonton dalam genre begini tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Bakal bersiaran menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 November ini, setiap Ahad, jam 8.00 malam di TV2, kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama Detektif Charlie Hudson berganding bahu dengan apa yang dipanggil “haiwan penguatkuasaan undang-undang terlatih”, anjing Shepherd Jerman diberi nama Rex. Baginya mudah membentuk keserasian bergandingan bekerjasama kerana Rex tidak menutup telinga dan peka dengan apa sahaja situasi.

Siri Penyiasatan Inggeris, HUDSON & REX Temui Penonton di TV2

Menampilkan gandingan pelakon utama John Reardon, Mayko Nguyen, Kevin Hanchard dan Justin Kelly, drama bersiri penyiasatan ini menyorot permulaan watak tentang Hudson membesar dari kecil dengan hobi membaca novel misteri dan kemudiannya menyebabkan dia sentiasa mahu memasang impian menjadi seorang detektif polis. Hasil usaha gigihnya dia diterima sebagai anggota polis.

Dikenali sebagai Detektif Charlie Hudson merupakan detektif Jenayah Utama Jabatan Polis St. John, dia bekerjasama dengan Rex, anjing Shepherd Jerman terlatih pelbagai bau dengan telinga yang sangat baik untuk bunyi yang unik.

Dia bersama-sama dengan Rex dalam kumpulan yang sama selepas rakan sekerja yang biasa mengendalikan K9 Rex, Konstabel Grace Lindsay, telah terbunuh ketika mengejar seorang penculik dan Rex pula dijadualkan untuk dibunuh.

Siri Penyiasatan Inggeris, HUDSON & REX Temui Penonton di TV2

Hidung dan telinga Rex yang tajam memainkan peranan penting dalam membantu Detektif Hudson memajukan penyiasatan dalam setiap episod. Kedua-duanya menerima bantuan daripada Superintendan Donovan, Ketua Forensik Truong, dan Pakar IT setiap episod dalam mengumpul dan mentafsir bukti yang ada di tangan mereka.

Musim pertama bermula beberapa lama selepas Hudson tiba semula di St. John, kampung halamannya, berikutan perceraian dengan isterinya. Kes pertama untuk siri ini ialah tentang penculikan. 

Kebanyakan episod melibatkan pembunuhan yang berbeza, setiap satu dengan kelainan yang unik. Kisah latar belakang gandingan Hudson dan Rex dipersembahkan sebagai episod tayangan perdana musim ketiga. Luangkan masa sama-sama berkongsi debaran dalam drama bersiri ini di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MEERQEEN

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia 

song ji hyo

Song Jihyo Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Muncul di Roadshow Glutanex