in

Siri Jelajah Rock The World Jamming Tour

Buat semua peminat gigs! Konsert Rock The World 12 anjuran Fat Boys Record bakal diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2012 bermula jam 10:00 pagi hingga lewat malam.

Menariknya, acara Rock The World 12 bakal mempersembahkan 45 artis melalui 3 buah pentas iaitu Pentas Utama, Pentas Noisy dan Pentas Pop Indie.

Konsert Rock The World 12

Kesemua artis yang bakal membuat persembahan adalah Salam, Massacre Conspiracy, Love Me Butch, Restraint, Tres Empre, Cassandra, Daarchlea, Upon Arrival, Pop Shuvit, Melodisaster, The Malayan, Maddthelin, Robot Asmara, Zip Zieller dan Summer On September.

Turut membuat persembahan adalah The Eigtyfour, Nuclear Strikes, I See Dumb People, Nastia, I,Revival , OAG, Couple, Creamson, Oh Chentaku, Incarnation, Sekumpulan Orang Gila, Darren Ashley, Loka, Khottal, Dish, Suhu, Maximus, B-Rock, Diandra Arjunaidi, Pitahati, Azureforjanne, Damn Dirty Apes, Go Gerila!, Reset To Zilch.

Acara Rock The World 12 dibawakan oleh Tune Talk Prepaid Mobile dengan harga tiket RM30 * setiap seorang (* termasuk yuran RM2 tiket). Butiran lanjut boleh didapati di laman www.rocktheworld.com.my.

Tiket-tiket juga boleh didapati di semua rangkaian Victoria Music Centre di Sungei Wang Plaza, Amcorp Mall, Bangsar Shopping Centre dan Tropicana City Mall. Manakala Rock Corner seperti di The Curve, The Gardens , Mid Valley, Subang Parade, Bangsar Village dan One Utama.

Bersempena dengan Rock The World 12, pihak penganjur turut mengadakan siri jelajah ke 6 buah negeri untuk acara ‘Rock The World Jamming Tour’ dalam pencarian 6 buah band berbakat untuk membuat persembahan di Rock The World 12.

Konsert Rock The World 12

Berikut merupakan butiran lanjut tentang jelajah ‘Rock The World Jamming Tour’:

1. Sound Maker Studio, Penang – 1 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

2. Rain House Music Studio, Ipoh – 2 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

3. Stop Zone Studio, Johor Bahru – 8 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

4. Silver Sound Entertainment, Melaka – 9 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

5. BF Rock Station, Subang Jaya – 15 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

6. Hot Sound Studio, Kuala Lumpur – 16 Dis 2012 (2.00pm – 10.00pm)

Untuk menempah slot jamming, para peserta boleh menghubungi pihak Rock The World Jamming Tour di talian 010 508 2504 atau 010 508 2738. Senarai pemenang akan diumumkan di laman sosial Facebook rasmi Rock The World 12

(https://www.facebook.com/Rocktheworldfestival) dan melalui Twitter (@RockTheWorldMY) pada 22 Disember 2012.

Konsert Rock The World 12

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa

Wardrobe Partners With Kiton To Master Legacy In Bespoke Tailoring