in

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015

Program “Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015” kini telah sampai ke kemuncaknya. Sepanjang dua minggu berturut-turut ini bermula 14 Ogos , AEON Mall Cheras Selatan menjadi perkampungan budaya yang menghimpunkan 11 kumpulan pemain Zapin terbaik daripada seluruh Malaysia untuk merebut peluang mewakili Malaysia dalam permainan tingkah Zapin berkumpulan secara spontan ke peringkat Nusantara seperti di maklumat berikut:

Acara : Zapin Mania Kebangsaan @ Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2015 Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 14 – 16 Ogos 2015, Jumaat – Ahad
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : AEON Mall Cheras Selatan Selangor
Perasmi : YBhg. Tuan Haji Mesran Bin Mohd Yusop
Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

ZAPIN MANIA KEBANGSAAN @ EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2015
14 – 16 Ogos 2015, AEON MALL CHERAS SELATAN SELANGOR
SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015
DIBAWAKAN OLEH : AEON CO (M) BHD

KUMPULAN PEMENANG YANG BERJAYA KE PERINGKAT KEBANGSAAN :
1. Adikarma , Universiti Sains Malaysia
2. Destar Limar, Universiti Pergurusan Sultan Idris, Perak
3. Sanggar Budaya Sri Pengkalan , Segamat Johor
4. Persadatari , Universiti Malaysia Trengganu
5. Majlis Kebudayaan Daerah Kluang , Johor
6. Seri Melati, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Melati Johor Bahru Johor
7. Sri Sukma Tari, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Segamat Johor
8. Sanggar Budaya , Miri Sarawak
9. Badan Budaya Perbadanan Labuan
10. Pawana D’Tari , Kuala Lumpur
11. Budak Zapin Junior , Kuala Lumpur

Sepanjang tiga hari di AEON Mall Cheras Selatan, bengkel-bengkel disediakan kepad asetiap peserta secara PERCUMA sebagai program modal insan membawakan kempen “Inspirasi Anak Merdeka ~ I Am Malaysia” saya lancarkan bermula 1 Mei hingga 31 Ogos akan datang dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

Acara kemuncak pertandingan permainan secara spontan dalam Zapin Mania, adalah sebuah program bimbingan rohani dan jasmani yang diwujudkan menerusi kerjasama beberapa motivator dan fasilitator tetap yang diselitkan di setiap bengkel yang dianjurkan sepanjang 3 hari secara percuma sebagai suntikan bagi mengimbangi akhlak dan budaya anak-anak masa kini dalam satu masa yang sama.

Orang ramai juga turut dipelawa mengambil bahagian dalam acara-acara seperti Bengkel Kesenian Asas Zapin bersama Pengasas, Bengkel Zapin Anak Merdeka (Training of trainers)bersama Pengasas atau penerus Zapin yang didatangkan khas untuk berkongsi pengalaman dan teknik, Bengkel Muzik Tradisional dan Ciptaan lagu Zapin Fusion bersama fasilitator dan penyanyi lagu-lagu puisi, Siso koprasata. Bengkel Pantun Berirama bersama fasilitator Roslan Madun dari Akademi Syair, Bengkel Teater Inspirasi Anak Merdeka bersama motivator sejarah, Kenegaraan ,penulis buku dan skrip, Puan Rahimah Muda Forum Zapin “International Youth Dance Festival ~The Bright Side Of Malaysia yang membincangkan tentang halatuju muzik dan kebudayaan Malaysia ke tahap global bersama panel-panel jemputan yang didatangkan khas dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, artis dan ramai lagi.

Santai Jawab Kuiz dan Menang, Pertandingan AKZ Idol, Tarian senaman Zumba, Permainan Rakyat, Sukan Rakyat, “Mewarna Kanak-Kanak dan penceritaan lagenda, Slot motivasi Inspirasi Anak Merdeka ~I Am Malaysia, Cardio Ethnic & Zumba Fitness bersama Hanif Shawn dan Konvoi Merdeka turut dibuka kepada orang ramai secara percuma yang turut diselitkan modal insan kenali untuk mencintai diri, agama, bangsa, budaya dan negara.

Peserta turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi peringkat zon yang akan dibawa ke peringkat kebangsaan bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober akan datang. Acara anjuran bersama adalah menerusi Pertandingan “Deklamasi Sajak” dan “Pantun Berirama” yang diadakan pada setiap hari Ahad dalam siri jelajah kami. YBhg. Datuk Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka sudi menyempurnakan pelancaran Kempen “Inspirasi Anak Merdeka ~ I Am Malaysia”, dan hadir ke program siri jelajah kami yangakan diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2015, jam 2.00 petang.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada AEON Co (M) Bhd yang membawakan program ini sepanjang 2 tahun berturut-turut. Terima kasih kepada Mingguan Malaysia selaku media rasmi siri jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bermula 1 Mei hingga 30 Ogos 2015. Kopstar.FM selaku radio internet rasmi,

Selaku penggerak dan mentor , saya bertanggung jawab mengenengahkan empat orang ikon, Ihab Ismail (Ikon kerja profesional , komposer, penulis lirik dan artis) serta Fee Haiqal (Ikon belia dan model serta artis) , Sri Mas Dewi (ikon seni dan budaya) dan Din Rahman (ikon pengacaraan). Keempat mereka adalah artis di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dalam bidang kerjaya yang berbeza.

Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Kementerian Belia dan Sukan, Yayaan Wilayah Persekutuan, Yayasan Warisan Johor dan UDA HOLDINGS BERHAD. Penghargaan tidak terhingga buat Jeonsa Hotel penaja yang membawakan penginapan rasmi peserta kebangsaan dan nusantara.

Kerajaan Negeri Perak, Majlis Perbandaran Taiping , Perak.FM, Tourism Perak serta UMNO bahagian Taiping yang telah membantu menyelaraskan acara di Taiping dengan penuh gilang gemilang.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada seluruh tenaga pengajar dan pembimbing bengkel, fasilitator dan motivator yang membantu pelaksanaan program ini iaitu Roslan Madun dari Akademi Syair Pahang (Fasilitator Pantun Berirama), Siso Kopratasa (Fasilitator Bengkel Muzik dan Ciptaan Lagu), Puan Rahimah Muda (Motivator Kenegaraan dan kemerdekaan), Haji Jeffri Iman (Motivator Akhlak), Puan Zubaidah Keliwon (Pewaris Zapin Parit Mastar), Md Noor Hendrik (Moderator Bengkel Muzik) , dan Kumpulan Swatari (Ikon tari)

KALENDER TAHUNAN SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015

Bil. Zon Lokasi Tarikh
1 Utara AEON Mall Taiping Perak 1 – 3 Mei 2015
2 Timur AEON Mall Seri Manjung Perak 22 – 24 Mei 2015
3 Tengah AEON Mall Rawang Selangor 5 – 7 Jun 2015
4 Selatan AEON Mall Tebrau City Johor Bahru Johor 24 – 26 Julai 2015
5 Kebangsaan AEON Mall Cheras Selatan, Selangor 14 – 16 Ogos 2015
6 Nusantara AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur 21 – 23 Ogos 2015

BULETIN PERINGKAT ZON UTARA DI TAIPING PERAK(1 – 3 Mei 2015)
Program anjuran peringkat Zon Utara yang diadakan di Taiping Perak ini di sokong oleh Kerajaan Negeri Perak. Program di Taiping ini turut mendapat sokongan padu dari penaja penginapan Hotel Taiping Perdana sebagai hotel rasmi sepanjang 3 hari di Taiping. Sebanyak 4 kumpulan bertanding di acara Zapin Mania Perinhgkat Zon Utara terdiri daripada Tingkah Laksmana, Lasykar Tari, Lantera Mutiara dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak. Tajuk Zapin turut mengenengahkan Zapin Parit Mastar bersama pewaris Puan Zubaidah Keliwon dari Benut Pontian Johor. Program peringkat Zon Utara dirasmikan oleh Encik Mohd Yusuf Bin Othman, Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Seramai 1500 peserta telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara yang disediakan sepanjang 3 hari.

BULETN PERINGKAT ZON TIMUR DI SERI MANJUNG PERAK (22 – 24 Mei 2015)
Program anjuran peringkat Zon Timur telah dilancarkan di AEON Mall Seri Manjung Perak dan dirasmikan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan , Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak pada 23 Mei 2015, Sabtu, jam 2.30 petang. Tajuk Zapin minggu tersebut adalah Zapin Salor dari Kelantan bersama pewaris Che Mohd Razali Bin Che Hamid. Sebanyak 3 kumpulan mewakili Zon Timur iaitu Selendang Tari, Persada Tari dari Universiti Malaysia Terengganu dan Citra Sari dari UiTM Perak. Seramai 2500 peserta telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara yang disediakan sepanjang 3 hari.

BULETIN PERINGKAT ZON TENGAH DI RAWANG SELANGOR ( 5 – 7 JUN 2015)
Program anjuran peringkat Zon Tengah pula akan diadakan di dua buah lokasi secara serentak. AEON Mall Rawang menjadi tumpuan kepada pengunjung yang akan mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel secara percuma yang telah disusun khas sebagai aktiviti cuti sekolah sepanjang 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad , jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pada hari Sabtu pula, pertandingan permainan Zapin secara spontan, Zapin Mania yang menjadi tumpuan bagi peringkat Zon Tengah akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena Majlis Pra Pelancaran Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2015 yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada jam 8.00 malam. Slot pengisian AEON Akar Kita Zapin akan bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bagi pencarian bakat kumpulan kesenian terbaik yang bakal dinobatkan sebagai Juara peringkat Zon Tengah untuk mara ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan Negara Ogos akan datang. Sebanyak 6 kumpulan akan bersaing dalam sesi pertandingan kali ini iaitu, Sanggar Budaya Seri Pengkalan, Budak Zapin Junior, SMK Cochrane, SMK Miharja, Kumpulan Tiara Daksina dari SMK Dato Ibrahim Yaacob dan Pawana D Tari. Manakala pada hari yang sama di AEON Mall Rawang akan menyaksikan pertandingan AKZ Idol bagi pemilihan bakat nyanyian untuk ke peringkat Kebangsaan. Kami mensasarkan lebih 1000 peserta akan mengambil bahagian di dua buah lokasi dengan aktiviti yang disediakan untuk pelbagai peringkat umur.

BULETIN PERINGKAT ZON SELATAN DI JOHOR BAHRU JOHOR (24 – 26 Julai 2015)
Program anjuran peringkat Zon selatan telah dilancarkan di AEON Mall Tebrau City Johor Bahru Johor dan dirasmikan oleh YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor pada 25 Julai 2015, Sabtu, jam 2.30 petang. Tajuk Zapin minggu tersebut adalah Zapin Selat Panjang dari Kluang Johor bersama penerus Zapin, Wak Limun. Sebanyak 6 kumpulan mewakili Zon selatan. 4 kumpulan Berjaya mara ke peringkat Kebangsaan iaitu, Majlis Kebudayaan Daerah Kluang (MKDK) , Wirama D’Tari Johor Bahru, Seri Melati , SK Seri Melati Johor Bahru, Sri Sukmatari , SMK Bandar Putra Segamat . Seramai 800 peserta telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara yang disediakan sepanjang 3 hari.

HADIAH PEMENANG KEBANGSAAN
1) Juara Platinum – Penyerahan terus Trofi Pusingan tahun ketiga tajaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) , trofi iringan tajaan TOP TATO, Sijil penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Wang Tunai RM8,000.00, mewakili Malaysia ke peringkat nusantara, Sijil Anugerah Persembahan .

2) Naib Juara, Emas – trofi iringan tajaan TOP TATO, Madle, Sijil penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Wang Tunai RM5,000.00, mewakili Malaysia ke peringkat nusantara, Sijil Anugerah Persembahan .

3) Ketiga Perak – trofi iringan tajaan TOP TATO, Madle, Sijil penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Wang Tunai RM3,000.00, Anugerah Persembahan
4) Keempat Gangsa – trofi iringan tajaan TOP TATO, Madle, Sijil penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Wang Tunai RM1,500.00, Anugerah Persembahan

5) Anugerah Persembahan Khas – Trofi Noraniza Idris dan sijil

6) Anugerah Persembahan – 3 Sijil (Emas, Perak & Gangsa)

7) Pemenang Saguhati – 3 trofi

Semoga usaha murni ini dapat dijayakan dengan penuh gemilang di siri jelajah Merdeka saya bersama Gagasan Inspirasi Anak Merdeka ~I Am Malaysia ke AEON Mall Cheras Selatan pada 14 hingga 16 Ogos minggu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teringin Nak Beli Samsung Wireless Audio 360

Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu