in , ,

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Cukup Eksklusif & Bertaraf Antarabangsa 

Kemunculannya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-12 pada 1997 menerusi lagu Awallah Dondang membawa nama Noraniza Idris terus meluncur jauh hingga mendapat gelaran Ratu Irama Malaysia.

Deretan lagu seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Hati Kama, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Tandang Bermadah, Hatinya Tak Tahan dan banyak lagi adalah bukti perjuangan yang dibawa Noraniza Idris dalam memartabatkan irama muzik tradisional tidak pernah padam hingga sekarang.

Siapa boleh lupa setiap kali kemunculan Noraniza Idris sama ada di pentas AJL, acara anugerah atau apa saja, persembahannya cukup meriah dan memukau. Gabungan irama tradisional Melayu dan tarian cukup menyatu di pentas. Tidak dinafikan, Noraniza Idris memang berada di liga dan kelas tersendiri.

Selepas 36 tahun, Noraniza Idris membawakan sebuah persembahan berskala konsert, pertama dan terakhir yang pastinya cukup eksklusif serta bertaraf antarabangsa diberi nama Konsert Malai Solo Noraniza  Idris  yang  bakal diadakan pada 21 hingga 23 Oktober di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“Sebagai seorang artis sudah tentu kita ada perasaan ingin buat konsert. Tapi disebabkan saya baru satu album masa tu dan banyak kekangan seperti nak mencari penaja dan sebagainya. Jadi saya teruskan dengan album lain dulu. Bila dah sampai satu tahap itu memang betul-betul nak memastikan konsert itu menjadi kenyataan. Tapi sayangnya tahun demi tahun ia memang sukar. Satu saja, kos penerbitan untuk konsert ini sangat tinggi dan irama Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa. Ia tak sama dengan konsert lain.

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Bertaraf Antarabangsa

Pendekatan saya dalam irama Malaysia ini, ia lebih kepada akademik, sahsiah dan kokurikulum. Lagu-lagu saya ini bersifat mendidik dalam pelbagai aspek. Bila saya nak bawa matlamat  itu  menjadi  kenyataan  memang  agak  sukar sebab ia memerlukan kos yang terlalu besar. Sebab itu saya tak mampu nak buat konsert itu daripada awal dulu sampailah sekarang ini baru menjadi.

“Bukanlah bermaksud saya dah  ada  penaja,  tapi  saya  mempunyai  satu pasukan  yang  bagus.  Jika  sebelum  ini  saya  tak  cukup  pasukan  yang  terbaik untuk perjuangkan matlamat saya sebelum ini, tapi sekarang ini alhamdulillah, selepas 20 tahun berlalu barulah saya dapat tekadkan  hati  untuk  jadikan konsert itu satu kenyataan pada Oktober ini. Saya juga menjadikannya konsert terakhir kerana dah terlalu lama dalam memperjuangkan irama  ini.  Sampai sudah saatnya saya perlu capai satu perkara baru. Konsert sebegini perlu buat sekali dan tak boleh berulang-ulang. Melainkan ada satu pendekatan konsep yang lain mungkin ia boleh difikirkan. Konsert Malai Solo ini saya gabungkan semua repertoire dari seluruh Malaysia dan jadikan sebagai satu konsert. Saya boleh buat konsert yang pelbagai selepas ini, tapi ia tidak akan menjadi satu konsert yang unik dan eksklusif,” katanya.

Menurut Noraniza Idris, Konsert Malai Solo Noraniza Idris menggunakan khidmat

300 individu membabitkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.

“Konsert ini berdurasi 120 minit tanpa henti. Ada transisi kita cuba ketengahkan berkaitan saya. Tak berhenti sebab tak nak momentum jatuh. Bila bercakap konsep, tak boleh melibatkan penari yang sedikit. Pentas pula sangat luas. Jadi, macam  mana  nak  memperlihatkan  persembahan  nampak  gah,   peranan utama nak fokus adalah penglibatan dan karakter penari.

Maksudnya kalau ada segmen lagu Orang Asli sudah tentu ada elemen mistik membabitkan orang luar yang mahir mengikut keperluan konsep, jadi ia perlu membabitkan artis budaya luar yang kita jemput khas untuk satu slot.

“Lepas tu ada  eleman  membabitkan  masyarakat  Melayu  dan  peranan kumpulan  anak  mudanya.  Jadi  macam  mana  nak  ketengahkan  kemeriahan anak-anak muda menyampaikan mesej dalam tarian dan persembahan. Kepelbagaian elemen dari kelahiran sampai dewasa, jadi mesti ada pelbagai karakter dikeluarkan. Begitu juga dengan Sarawak yang ada elemen lain yang mana mereka yang betul-betul mahir dengan tarian dan konsep etnik itu. Memandangkan pendekatan konsert saya berkonsep antarabangsa yang membabitkan tiga negara, Malaysia, Thailand dan Singapura. Kita bawa juga pendikir hebat dari Singapura. Kalau di Kelantan ramai pendikir yang otai, di Singapura  pula  banyak  budak  muda.  Jadi  kami  gabungkan  dua  generasi sebanyak 60 orang untuk dua kumpulan.

“Boleh dikatakan, termasuk pemuzik, artis budaya utama,  artis  budaya undangan, adalah seramai tidak kurang dari 300 orang. Bunyi macam gempak je tapi memang betul. Cuma akan diselaraskan keluar masuk. Masing-masing ada peranan tertentu,” katanya.

Noraniza Idris berkata, pemilihan nama Malai Solo adalah simbolik kepada persembahannya yang disulam dengan kepelbagaian budaya selain bakal menyaksikan kemeriahan di pentas dengan dipenuhi segerombolan penari.

Definisi Malai ini iaitu sekuntum bunga emas yang diletakkan di lembing pahlawan-pahlawan  satu  ketika  dahulu.  Jadi  saya  ambil  ia  sebagai  satu simbolik semangat juang kepahlawanan dan diolah sebagai satu identiti dan tema  untuk  konsert  ini.  Jadi,  Malai  ini  adalah  bunga  yang  disulam,  macam budaya kita ini. Ibarat satu perjalanan menelusuri budaya dari satu kesenian ke satu kesenian yang lain. Seni dan budaya ini ibarat bunga  emas  atau khazanah yang sangat berharga. Solo itu saya maksudkan kepada diri saya sendiri.

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Bertaraf Antarabangsa

“Banyak saya dengar orang selalu kaitkan saya dengan segerombolan dan tak boleh dipisahkan, bila mereka kata macam tu, secara tak langsung mereka dah nampak identiti saya di situ, jadi itu adalah perkara pertama saya akan penuhi. Sebab kalau kita lihat pada persembahan  saya,  saya  keluar  dengan  enam etnik terbesar di Malaysia seperti Melayu, Cina, India,  Sabah,  Sarawak  dan Orang Asli. Kemudian ada sub etnik seperti Jawa, Minang dan macam-macam.

“Semasa zaman Anugerah juara Lagu, saya bawa persembahan saya untuk pertandingan dan diterima. Bila diiktiraf orang mula panggil saya  dengan gelaran Ratu Irama Malaysia, Ratu Etnik Negara, Ratu pop Tradisional mungkin sebab penerimaan mereka terhadap lagu-lagu  seperti  Dikir  Puteri,  Ngajat Tampi jelas ketara kelainannya dan menyumbang kepada kejayaan masa AJL dulu  menyebabkan  orang  kenal  saya.  Jadi  dalam  persembahan  nanti,  kalau tengok pada konsep lagu memang kena disesuaikan dengan konsep persembahan fiesta nya, mistiknya, macam mana  nak  ketengahkan  menjadi kisah dalam lagu yang meninggalkan kesan pada penonton,” katanya.

Bercakap mengenai jangkaan konsert itu, Noraniza Idris memberi keyakinan ia bakal menjadi konsert yang luar biasa kerana melibatkan kerjasama kumpulan kreatif yang hebat. “Kos konsert ini memang tinggi. Persembahan pun kena bagi yang ‘wow factor’ dan bukan sekadar bentuk akademik saja, tapi  suntikan hiburan 70% kena ada. Saya percaya kebolehan Tok Ram. Kenapa saya pilih dia? Dia orang industri yang ikhlas dan jujur memperjuangkan muzik. Dia suka pada suatu benda yang dia terokai dan eksperimen kan. Dia tahu, saya ada lagu-lagu yang pernah diciptakan oleh Allahyarham Pak Ngah, dia tidak akan menjadi seperti lagu yang biasa didengar bila dengan sentuhan Tok Ram. Ini dah terbukti dengan konsert-konsert besar yang diterajuinya. Sudah tentu dia akan memberikan sentuhan pada tahap lain kepada lagu-lagu  persembahan saya. Boleh dikatakan, susunan muzik sangat eksklusif dan Tok Ram sangat cerewet. Dia akan tapis dulu lagu-lagu pilihan saya. Lagu-lagu utama yang dia rasa tak menguntungkan saya buat, dia akan  buang  dan  ganti  yang  dia rasakan lagu itu adalah halwa telinga yang diperlukan oleh penonton.

“Satu lagi, bukan Tok Ram saja, tapi membabitkan pemuzik level filharmonik semua yang terbaik yang akan iringi lagu tradisional saya. itu  saja  sudah nampak kelas tersendiri yang saya cuba cipta dalam Malai Solo ini. Saya yakin, siapa sahaja yang ke konsert ini pasti tidak akan kecewa kerana Malai Solo bukan sekadar konsert biasa.

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Bertaraf Antarabangsa

Ia disusun terperinci dan disesuaikan untuk tontonan masyarakat luar negara yang ingin mengenali Malaysia secara lebih dekat menerusi satu perhentian.

Dalam masa yang sama mengambil kira keperluan masyarakat Malaysia dari pelbagai generasi untuk hadir menonton. Ia konsert luar biasa, dari segi persediaan, susunan muzik, kualiti pasukan, pembabitan tenaga mahir seperti pengarah persembahan, koreografi, membabitkan pemuzik lain-lain. Libatkan juga pasukan teknologi, gabungan tradisional dengan orang yang mahir dalam industri. “Harga tiket saya, masih di tahap sederhana di Istana Budaya. Bukan dalam kategori yang sangat mahal. Kalau tengok pada sejarah Istana Budaya, tak boleh letak terlalu rendah juga. Ramai juga yang boleh dating sebelum ini. Saya yakin harga yang diletakkan adalah berbaloi untuk semua. Inilah cara untuk menghargai seni budaya kita di tahap yang tinggi dan berprestij sebagai tarikan pelancong.”

Idea dan konsep Konsert Malai Solo Noraniza Idris adalah daripada Noraniza sendiri sementara pengarah konsert, Ahmad Saifulizam atau Gbam, pengarah persembahan, Mohd Seth Hamzah dan pengarah artistik, Siso Kopratasa.

Konsert Malai Solo Noraniza Idris Bertaraf Antarabangsa

Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00.

Bagi pelancong domestik atau luar negara yang ingin  bercuti  dengan  pakej Malai Solo, pakej boleh terus didapati menerusi emel kepada Gemala Travel di [email protected] atau menghubungi talian 019-3342478.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro

Kempen Geng Kita Bawakan Kandungan Original Astro Kids Hebat 

Portal Featured 10 | 13

Tahniah! Wawa Scarve Sangat Laris, Habis Terjual Kurang 24 Jam!