in ,

Siri Jelajah DRAMA SANGAT 2018 di Zon Utara

DST 2018 tetap mengekalkan objektifnya untuk menghargai para peminat setia drama di saluran TV3. Untuk kali ini, DST 2018 akan menemui para peminat drama TV3 di samping beramah mesra bersama mereka di Mydin Taman Batik (Sungai Petani, Kedah), Mydin Bertam (Pulau Pinang), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang) serta Mydin Meru Raya (Ipoh, Perak).

Siri Jelajah Drama Sangat (DST 2018) memilih Zon Utara sebagai lokasi terakhir pada tahun ini. Membariskan artis terkemuka drama seperti Siti Saleha dan Kamal Adli (Jika Masih Ada Rindu), Syazuwan Hassan (Terbaik Dariku), Hafidz Roshdi (Raisha 2), Fadlan Hazim (Seribu Rindu) dan Julia Farhana (Petua Nenek) akan ke Kedah (Sungai Petani dan Jerlun), Pulau Pinang (Bertam dan Bukit Mertajam) dan Ipoh, Perak pada 16 hingga 18 November ini.

DST_Northen_PrintAd_BH

Orang Utagha Tunggu DST Mai!

DST 2018 tetap mengekalkan objektifnya untuk menghargai para peminat setia drama di saluran TV3. Untuk kali ini, DST 2018 akan menemui para peminat drama TV3 di samping beramah mesra bersama mereka di Mydin Taman Batik (Sungai Petani, Kedah), Mydin Bertam (Pulau Pinang), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang) serta Mydin Meru Raya (Ipoh, Perak).

Seperti siri jelajah sebelumnya, pelbagai aktiviti menarik disediakan di mana para pengikut setia siri jelajah ini. Bukan sahaja berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan artis, malah turut berpeluang memenangi barangan eksklusif. DST 2018 juga bakal mengadakan aktiviti bersama peminat berkonsepkan tradisional di Homestay MADA Kampung Jeruju, Jerlun, Kedah.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah Kocak Ikan, Tarik Upih, Tembak Bulan, Boling Kelapa, Canting Batik, Bola Sepak Sarong, santai bersama keluarga angkat serta pertandingan dan persembahan malam kebudayaan negeri Kedah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah.

Untuk maklumat terkini, boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, @TV9Malaysia dan @dramasangat.

Para peminat turut dijemput untuk memeriahkan DST 2018 dengan menggunakan hashtag #DramaSangat untuk sebarang interaksi di laman sosial. Saksikan program-program menarik TV3 menerusi portal YouTube TV3Malaysia dan tonton, www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin Pilihan Kedua Azira Shafinaz dalam SERIBU RINDU

Muzik Video Jennie – SOLO Trending di Youtube Malaysia