in , ,

Percubaan Pertama Irama Balada Kelly Azman Dalam Single DUSTAKAN CINTA 

Penghibur serba boleh, Kelly Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta.

Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly Azman dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri. 

Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan. 

“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina.

Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan,”

– KELLY AZMAN

Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR. 

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. 

“Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman,”

– Kelly Azman
220726 Kellyazman2553

Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands. 

Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang. 

“Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga yang tidak menentu. 

“Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini.

Sebagai contoh ada babak tertentu saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun,”

– Kelly Azman

Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air. 

Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam. 

Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Huawei Mate 50

Siri HUAWEI Mate 50 Dilancar di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM5299

Gadgetmodel Hiasan | 13

Filem Black Panther: Wakanda Forever Sah Akan Ditayangkan di Malaysia