in , ,

Siri Apple iPhone 12 Dibuka Untuk Pra-Tempahan 9 Malam Ini, Nak Tempah Ke Tak Ni?

Jika and ternanti-nanti tarikh pelancaran Apple iPhone 12 di Malaysia, ini adalah hari yang anda tunggu kerana pra-tempahan bagi Apple iPhone 12 akan dibuka mulai hari ini iaitu bermula jam 9 malam.

Lebih menggembirakan, Apple Malaysia akan menawarkan pra-tempahan bagi keempat-empat model iPhone 12 iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Pra-tempahan bagi Siri Apple iPhone 12 ini akan dibuka melalui semua saluran penjualan rasmi dan ini termasuk syarikat telekomunikasi utama negara.

Seperti ramai sedia maklum, iPhone 12 Mini membawakan skrin bersaiz 5.4-inci, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan skrin 6.0-inci, dan iPhone 12 Pro Max dengan skrin bersaiz 6.68-inci. Kesemuanya menggunakan skrin OLED, dan dijana menggunakan cip Apple A14 Bionic.

Model iPhone 12 Mini dan iPhone 12 pula hadir dengan dwi-kamera belakang, sementara iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula hadir dengan tri-kamera belakang, Model iPhone 12 Pro Max juga turut hadir dengan sensor tambahan untuk rakaman yang lebih baik, serta penggunaan sensor-shift OIS.

Siri Apple iPhone 12 Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Harga siri Apple iPhone 12

Mengimbas kembali harga penjualan siri iPhone 12 yang telah disahkan sebelum ini, berikut adalah senarai penuh harga penjualan di Malaysia

Berikut adalah harga penjualan siri Apple iPhone 12 :

Apple iPhone 12 Mini 64GB – RM 3,399

Apple iPhone 12 Mini 128GB – RM 3,599

Apple iPhone 12 Mini 256GB – RM 4,099

Apple iPhone 12 64GB – RM 3,899

Apple iPhone 12 128GB – RM 4,099

Apple iPhone 12 256GB – RM 4,599

Apple iPhone 12 Pro 128GB – RM 4,899

Apple iPhone 12 Pro 256GB – RM 5,399

Apple iPhone 12 Pro 512GB – RM 6,299

Apple iPhone 12 Pro Max 128GB – RM 5,299

Apple iPhone 12 Pro Max 256GB – RM 5,799

Apple iPhone 12 Pro Max 512GB – RM 6,699

Di mana Anda Boleh Membuat Pra-Tempahan ?

Apple iPhone 12 boleh dipra-tempah melalui pelbagai saluran penjualan yang sangat menyeluruh dan disebabkan wabak covid-19, kami menyarankan anda untuk membuat pra-tempahan secara atas talian.

Pra-tempahan akan dibuka tepat jam 9 malam ini dan berikut adalah senarai saluran pra-tempahan

Apple Store Malaysia

Machines Malaysia

Switch Malaysia

Apple Flagship Store di Lazada

Sengheng

Mac City

EpiCentre

Harvey Norman

Maxis

Celcom

U Mobile

Digi

Pembayaran

Berdasarkan tinjaun kami, hanya Machines Malaysia yang menawarkan pra-tempahan dengan membayar deposit RM 300 manakala tiada sebarang info pra-tempahan yang diberikan oleh saluran penjualan yang lain.

Ini mungkin bermaksud anda dikehendaki membuat pembayaran penuh ketika pra-tempahan atau menggunakan kad-kredit bagi pembelian secara EPP.

Selain itu, bagi pembelian melalui telko, anda mungkin ditawarkan untuk membeli dengan  bayaran ansuran bulanan pada harga subsidi yang lebih rendah berbanding harga penjualan rasmi.

Bila Anda Akan Menerima Siri iPhone 12?

Pra-tempahan Siri Apple iPhone 12 anda dijangka akan mula dihantar kepada anda pada 13 November 2020 namun mungkin terdapat pilihan untuk anda ambil sendiri di stor berdekatan.

Selain itu, tarikh bila anda menerima iPhone 12 juga mungkin bergantung kepada stok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebak! Kes Bunuh, Ayah Nur Surya Sayu Peluk Ustaz Ebit Lew

True-Wireless Speaker SUDIO FEMTIO Dah Jadi Kegemaran Selebriti, Ini Sebabnya!