in ,

Siri Animasi MISI ADY & UPIN & IPIN Hiasi Slot Toon On 2 di TV2

Meskipun negara kita masih berdepan dengan pelbagai cabaran sejak dilanda pendamik COVID-19, ia tidak menghalang Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan program-program menarik yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Sehubungan dengan itu, TV2 begitu komited mengemaskini slot rancangan yang menarik untuk semua lapisan masyarakat agar terus ‘kekal di rumah’ demi menjaga kesihatan diri dan keluarga tersayang dengan menonton pelbagai pilihan rancangan tempatan pada hujung minggu ini.    

Siri Animasi MISI ADY & UPIN & IPIN Hiasi Slot Toon On 2  di TV2

Terbaharu mulai 8 Julai Khamis ini, sebuah siri animasi baharu kanak-kanak bertajuk “Misi Ady” akan bersiaran menerusi slot Toon On 2, pukul 8.30 pagi. Berdasarkan adaptasi daripada sebuah rancangan TV, penulis bernama Jonsuraya menghilhamkan rancangan tersebut menjadi siri animasi penggembaraan yang penuh fantasi. Siri animasi 13 episod ini mengisahkan Ady yang mengembara ke sebuah alam permainan komputer yang dikenali sebagai “Kalaidahoo” selepas dia bersama seekor kucing peliharaannya bernama Darcy disedut masuk ke dalam dunia permainan tersebut. Disana, Ady menempuhi pelbagai halangan dalam usahanya mencari jalan pulang semula ke dunia nyata. 

Ady merupakan seorang budak lelaki yang popular dan disukai ramai. Dia juga merupakan pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat “A” dalam setiap matapelajaran Sains. Kisah bermula apabila Ady mendapat keputusan yang teruk di dalam peperiksaan. Disebabkan itu, ibunya telah memberikan sebuah permainan video yang dapat membantu Ady dalam mata pelajaran Sains. Namun, setelah dia bermain permainan video tersebut, secara tiba-tiba dia dan kucingnya Darcy, telah terperangkap di dalam dunia permainan video. Dalam dunia tersebut, Ady terpaksa meneruskan misi menyelamatkan Puteri Jambu. Dapatkah Ady mengatasi semua halangan untuk berjaya mencari Puteri Jambu? 

Siri Animasi MISI ADY & UPIN & IPIN Hiasi Slot Toon On 2  di TV2

Buat peminat “Upin & Ipin”, pastinya anak-anak tidak mahu ketinggalan menyaksikan telatah si kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya. Tampil bersiaran 10 Julai ini menerusi slot Toon On 2, Upin & Ipin (Siri 10) akan menemani setiap hujung minggu anak – anak sebanyak 14 episod mulai pukul 9.30 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad. Ikut penggembaraan si kembar Upin & Ipin bersama rakan-rakan mereka yang amat mencuit hati dengan pelbagai kisah dan pengajaran yang dikongsi.  

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati siri animasi terbaharu “Misi Ady” dan “Upin & Ipin” di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saya Masih Waras! Yuni Shara Kecewa Dituduh Temani Anak Lelaki Tonton Filem Lucah

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Super App Kembang Perkhidmatan e-Dagang ke Kota Kinabalu